Print

Kerjasama dengan Al Quds TV

on .

LUBNAN, 10 Jul 2015 - Ahli misi membuat lawatan ke pusat penyiaran Al Quds TV. Ahli misi disambut dan diraikan oleh Pengurus Besar Al Quds TV iaitu En. Haytham Mouneeb.

Print

Bantuan mula diagih

on .

LUBNAN, 10 Jul 2015 - Misi R2A4‬ hari pertama. Ahli misi sudah mula bergerak melawat dan memberi bantuan hasil sumbangan dari rakyat Malaysia kepada pelarian Palestin di kem pelarian Lubnan. Antara kem yang dilawati ialah kem Burj El Barajna dan Kem Shatilla. Pihak misi menyampaikan sumbangan ramadan hasil kutipan yang digerakkan dan sumbangan dari seluruh rakyat Malaysia yang bersimpati dengan penderitaan yang dialami oleh pelarian Palestin.

Print

Berkunjung ke Kedutaan Malaysia

on .

LUBNAN, 10 Jul 2015 - Misi R2A4‬ Ahli misi hari ini mengunjungi Kedutaan Malaysia. Ahli misi disambut ceria oleh Duta Malaysia di Lubnan, Tuan Bala Chandran Tharman. Pihak misi menerangkan sedikit maklumat berkaitan MyCARE dan tujuan kedatangan ahli misi ke Lubnan. Manakala pihak kedutaan melalui Tuan Bala Chandran Tharman sendiri menerangkan keadaan semasa di Lubnan.

Print

TOV @ Universitas Hasanuddin

on .

MAKASSAR, 8 Nov 2014 - Pihak Aqsa Syarif telah dijemput untuk bekerjasama dengan gabungan pelajar Malaysia di Universitas Hasanuddin untuk mengadakan Training of Volunteers (TOV) dan Gaza Talk selama 2 hari iaitu Sabtu dan Ahad.

Print

Aqsa Syarif sumbang RM1.3 juta kepada Tabung IPFAG

on .

ISTANBUL - Pada 30-31 Ogos yang lalu, Aqsa Syarif, diwakili oleh Dr. Tahir Abdul Rahman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia Berhad, telah menyertai satu forum antarabangsa di Turki. Forum International Public Foundation to Aid Gaza (IPFAG) bertajuk ‘Gaza Victory and Hope’ ini dianjurkan untuk mengumpulkan NGO-NGO (muslim) Palestin di seluruh dunia, membentangkan pelan pembangunan semula Gaza dan mengumpul dana bagi melaksanakan pelan yang telah dirancang.

Print

R2A3: Generasi pelapis Palestin acuan Qur'an

on .

LUBNAN - Misi Return2Aqsa yang dihantar Aqsa Syarif ke kem-kem pelarian Palestin di Lubnan tidak sah jika tidak menemui anak-anak Palestin yang kini sudah menjangkau kegenerasi ke 3 dan 4 selepas generasi pertama yang dihalau dan dipaksa rejim Zionis keluar dari tanah halaman mereka pada 1948 dan kini 500,000 menetap di 12 kem-kem pelarian di Lubnan yang sangat dhoif.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud