Print

Kapal Zaytouna-Oliva Women’s Boat to Gaza sah ditawan tentera Israel

on .

Crisis Centre Misi Women’s Boat to Gaza (WBG), Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dengan ini mengesahkan bahawa kapal Zaytouna-Oliva beserta 3 krew dan 10 orang anak kapal (termasuk wakil tunggal Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hasan) telah ditawan oleh tentera Israel sekitar jam 9.58 malam (waktu Malaysia) hari ini (5 Oktober). Kapal Zaytouna dijangka akan ditunda oleh tentera Israel menuju ke Pelabuhan Ashdod.

Maklumat lanjut akan menyusul.

Ikuti perkembangan terkini di FB Rose2Rose.

Print

Pelepasan kapal misi Women's Boat to Gaza

on .

BARCELONA, 14 Sep 2016 - Tepat pada pukul 8 malam waktu tempatan (2 pagi waktu Malaysia), kapal pertama iaitu Zaytouna-Olive yang membawa Dr.Fauziah Mohd Hasan selamat berlepas.

Print

Majlis meraikan ahli misi WBG

on .

AMPANG, 31 Sep 2016 - Sebuah majlis ringkas oleh para aktivis dan sukarelawan Rose2Rose dan MyCARE bagi meraikan ahli misi Kapal Wanita ke Gaza (Women's Boat to Gaza), Dr.Fauziah Mohd Hasan.

Print

Menyantuni anak-anak yatim

on .

LUBNAN, 12 Jul 2015 - Hari ketiga, anggota misi terus bergerak menyampaikan amanah sumbangan rakyat Malaysia. Anggota misi ke Baalbek melawat kem Mukhayyam Al-Jalil dan menyampaikan bekalan makanan kepada satu keluarga yang dhaif dan meluangkan masa bemesra dengan kanak-kanak yang ada di kem ini dan ada di antaranya adalah anak-anak yatim.

Print

Menziarahi kem pelarian

on .

LUBNAN, 11 Jul 2015 - Hari kedua, anggota misi bergerak ke Qassimiyah, Kem Shabrihah, Kem Al Bass dan Kem Burj El Chepali melawat dan memberi bantuan hasil sumbangan dari rakyat Malaysia kepada pelarian Palestin di kem pelarian.

Print

Lawatan ke pusat aktiviti dan hospital

on .

LUBNAN, 13 Jul 2015 - Misi R2A4 hari keempat, anggota misi ke Al Hanim Centre di kawasan kem El Badawi, melawat pusat aktiviti dan perkembangan kanak-kanak istimewa. Kakitangan pusat ini membantu keluarga yang memiliki anak-anak istimewa. Anak-anak ini diajar membuat kerja kraftangan untuk berdikari. Anggota misi turut menghulurkan USD1000 hasil sumbangan dari rakyat Malaysia.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud