Print

Melimpah-limpah Subuh di Gaza

on .

Melimpah-limpah Subuh di Gaza

Sekali lagi saya dapat melalui pengalaman melihat bagaimana masjid-masjid di Gaza diimarahkan oleh rakyat Palestin. Bangga saya melihat generasi yang dididik Syeikh Ahmad Yasin, Abdul Aziz al-Rantisi, Syeikh Raed Salah dan ramai lagi. Inilah ciri-ciri pemuda sebenar. Mereka beriktikaf dan berjemaah di masjid. Hati mereka di masjid. Di malamnya mereka bersujud, di siangnya mereka mencari rezeki untuk menyara hidup.

Mengapa Gaza masih tidak dapat dijajah tentera Zionis?

Mengapa anak-anak muda di sini langsung tidak gentar dengan peluru Zionis Israel?

Sampai sahaja saya di sana, ini adalah pemandangan anak muda di Gaza pada waktu Subuh.

Malam tadi dahi-dahi mereka bertaqarrub kepada Allah. Anak-anak muda ini qiyamullail hingga penuh masjid! Gembira tak terkata melihat keadaan ini. Saya tidak perlu risau dengan generasi yang memenuhi masjid pada waktu Subuh dan al-Quran sentiasa di tangan.

Print

Dr. Zin sertai Great Return March

on .

Dr. Zin sertai Great Return March

Wakil MyCARE bersama rakyat Gaza di Perhimpunan The Great Return March di sempadan Gaza

Alhamdulillah, semalam Dr. Mohd Zin Kandar berkesempatan menyertai Perhimpunan The Great Return March di sempadan Gaza di dua lokasi berasingan – di timur Shujaiyah dan di Khanyounis selepas menunaikan solat Jumaat.

Beliau bahkan diberi penghormatan untuk berucap mewakili rakyat Malaysia di hadapan ribuan rakyat Gaza dalam perhimpunan di Khanyounis, tempat as-syahidah Razan an-Najjar dibunuh!

Print

Memantau sumbangan rakyat Malaysia

on .

Memantau sumbangan rakyat Malaysia

Wakil MyCARE, Dr. Mohd Zin telah bertemu dengan staff Pejabat MyCARE di Gaza dan dibawa ke masjid untuk menunaikan Solat Subuh.

Dr. Mohd Zin dikerumuni kanak-kanak dan para remaja yang amat gembira dengan kedatangan delegasi luar negara!

Dr. Mohd Zin berkata, “Ini suasana yang amat indah, masjid penuh dengan anak muda dan rakyat Gaza. Mengapa Gaza digeruni oleh Israel? Kerana keterikatan pemuda dan rakyat Gaza kepada Allah!”

Print

A2G20 sudah berada di Gaza

on .

A2G20 sudah berada di Gaza

Alhamdulillah. Allahu akbar!

MyCARE berjaya memasuki Gaza melalui sempadan Rafah! Wakil tunggal MyCARE, Dr. Mohd Zin Kandar telah diberikan kebenaran masuk selepas melalui 13 jam perjalanan dari Kaherah dan menunggu hampir 6 jam di pintu sempadan Rafah (19 jam secara keseluruhannya).

Print

MyCARE dalam perjalanan ke Gaza

on .

Kami memohon jasa baik rakyat Malaysia sekalian untuk mendoakan kemudahan dan keselamatan wakil MyCARE yang kini dalam perjalanan masuk ke Gaza melalui darat di sempadan Rafah.

Sukacita dimaklumkan, wakil tunggal MyCARE, Prof. Madya Dr. Mohd Zin Kandar yang juga merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, telah terpilih sebagai salah seorang ahli delegasi misi antarabangsa Miles of Smiles (MoS) yang akan masuk ke Gaza pada hari ini selepas mendapat kelulusan daripada kerajaan Mesir.

Print

Sukarelawan MyCARE dibunuh Zionis Israel

on .

Sukarelawan MyCARE dibunuh Zionis Israel

Allahu Akbar! Pilu hati kami mendapat berita dari pegawai kami di Gaza.

Razan Ashraf Najjar yang berumur 21 tahun terbunuh akibat ditembak di dada oleh sniper rejim Zionis Israel ketika memberikan bantuan perubatan di perkampungan Khuza’a.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud