Print

Ladang Pertanian MyCARE di Beit Hanoun, Gaza

on .

Ladang Pertanian MyCARE di Beit Hanoun, Gaza

Ini adalah di antara hasil projek Pertanian MyCARE melalui sumbangan rakyat Malaysia ke akaun MyCARE.

Saya berkesempatan ke ladang tersebut walaupun jadual yang ketat. Beit Hanoun terletak dengan sempadan utara Gaza-Israel dan kelihatan jelas tembok konkrit sepanjang sempadan sekitar 700 meter dari ladang ini. Hasil projek ini telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Gaza. Keuntungan projek ini juga disumbangkan kepada keluarga miskin dan dikembangkan untuk meluaskan projek Pertanian MyCARE di Gaza.

Print

Dakapan ibu yang melegakan

on .

Dakapan ibu yang melegakan

Ku temui keluarga ini di sebuah penempatan yang serba dhaif. Rumahnya berpintukan kain dan berdinding dengan kain. Ayahnya tidak berpeluang mendapat sebarang pekerjaan. Hanya mengutip kayu dan sampah untuk dijadikan bahan api memasak. Sudah lama dapur gas tidak berfungsi dek kerana tak mampu membeli gas dapur.

Print

Bisikkanlah wahai cucuku

on .

Bisikkanlah wahai cucuku

Ku temui kanak-kanak kecil ini sedang bermain bersama dua kakaknya. Di pinggir sebuah penempatan berdebu tanpa laluan masuk ke kampungnya.

Tanpa talian elektrik, tanpa saluran paip air. Apatah lagi sistem pembentungan!

Print

Berminggu tidak mandi

on .

Berminggu tidak mandi

Satu kisah yang benar-benar menyentuh perasaan ahli misi kami, Dr. Mohd Zin ialah apabila kanak-kanak yang mengerumuni beliau, susuk tubuh dan wajah muka mereka sememangnya jelas menggambarkan kelaparan, kekurangan zat makanan, ada menghidapi penyakit dan kusut masai.

Apabila Dr. Zin bertanya kepada ibu yang diziarahi rumahnya mengenai anak-anaknya yang berambut demikian dan berbaju comot, hakikatnya memang benar mereka tidak mandi berminggu-minggu dan tidak menukar pakaian berhari-hari.

Print

Pampers pakai buang dibasuh semula!

on .

Pampers pakai buang dibasuh semula!

Jika mereka berada di tahap sehingga pampers pun dibasuh semula, anda boleh bayangkan bagaimana susah dan miskinnya mereka. Perkara sebeginilah yang menyebabkan ahli misi kami menjadi syahdu apabila melihat saudara-saudara kita di Gaza. Mereka ini adalah saudara-saudara kita.

Sedih melihat keadaan saudara kita sebegini. Rumah mereka dibedil, ekonomi mereka disekat, hak-hak asas mereka dinafikan tetapi mereka tetap meneruskan kelangsungan hidup. Entah kali berapa pampers ini dibasuh semula. Pastinya si ibu tidak mahu melakukan perkara ini kerana boleh mendatangkan penyakit kepada anaknya.

Print

Iftar bersama pasukan perubatan di sempadan Gaza

on .

Iftar bersama pasukan perubatan di sempadan Gaza

Terima kasih kepada para dermawan di Malaysia!

Alhamdulillah sebahagian daripada sumbangan anda untuk Gaza pada bulan Ramadan ini telah selamat kami disalurkan kepada pasukan perubatan yang sedang bertugas di sempadan Gaza melalui team MyCARE di Gaza dan disaksikan oleh Dr. Mohd Zin Kandar yang kini berada di sana.

Dr. Mohd Zin Kandar juga berkesempatan untuk berbuka puasa bersama-sama pasukan perubatan dan sukarelawan yang bertugas.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud