Print

Menziarahi 4 kanak-kanak hebat

on .

LUBNAN, 23 Jul 2014 - Kami menziarahi keluarga Syeikh Jamal dan 4 orang anaknya yang telah menghafal keseluruhan Al-Quran.

4 orang anaknya adalah: Fatimah (11 tahun), Mus'ab (9), Zahra (7) dan Hamzah (4).

Print

Pelarian Syria berlindung di kem-kem di Lubnan

on .

LUBNAN, 22 Jul 2014 - Dianggarkan sekitar 300,000 pelarian Palestin telah menyebrangi sempadan Syria-Lubnan. Mereka terselamat dari pembunuhan rejim Bashar Al-Assad dan dari kebuluran dengan izin Allah. Namun mereka sedang berjuang untuk meneruskan kehidupan di Lubnan sambil berdo'a bahawa sebahagian dari keluarga mereka yang belum keluar dari Syria akan selamat dan dilindungi Allah.

Print

Menziarahi Kem Pelarian Al-Buss

on .

LUBNAN, 22 Jul 2014 - Ahli Misi R2A3 menziarahi Kem Pelarian Palestin Al-Buss yang diuruskan oleh rakan NGO kami di sini iaitu HCRD (Human Charity for Relief & Developement). Kem ini terletak di Daerah Tyr. Antara program kami di sini adalah:

1) Penyerahan sumbangan alat tulis kepada anak-anak yatim.
2) Menziarahi Women Community Centre.

Print

Penyerahan Food Pack di Kem Jal Al-Bahr

on .

LUBNAN, 22 Julai 2014 - Hari ke 4, peserta misi menyampaikan pek-pek makanan dengan kerjasama HCRD di bandar Tyre, selatan Lubnan.

Lebih 200 pek (kotak) makanan di edar di kem-kem tersebut. Kem di sini menempatkan para pelarian Palestin yang tiba di sini semenjak 1948 dan kami sempat bertemu dengan seorang yang berumur 95 tahun yang dapat menceritakan keadaan beliau yang datang dengan sehelai sepinggang ke kem ini sehingga hari ini.

Print

Kesusahan pelarian Syria di Kem Ain El Helweh

on .

LUBNAN, 21 Jul 2014 - Kem Ain El Helweh juga menempatkan ramai pelarian Syria dan jumlah mereka semakin bertambah ekoran krisis di Syria yang bermula pada 2011.

Pelarian Syria ini datang daripada Kem Pelarian di Yarmouk dan sekarang menetap di rumah usang ini tanpa bayaran hasil usaha oleh rakan NGO kami di sini iaitu Wakef of Al-Raafa Association.

Print

Suasana di Kem Pelarian Ain El Helweh

on .

LUBNAN, 21 Jul 2014 - Ahli Misi R2A3 menyelusuri lorong-lorong kecil di Kem Pelarian Palestin Ain El Helweh dan bertemu masyarakat di sini.

Kira-kira 120,000 orang tinggal di kem ini yang hanya sebesar 1 km persegi! Jumlah penduduk semakin hari semakin bertambah semenjak kehadiran pelarian dari Syria.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud