Print

Boleh kirim buah tangan kepada anak-anak Gaza

on .

Peluang keemasan kepada anak-anak Malaysia untuk mengirim buah tangan, kad raya atau kad ucapan kepada anak-anak Gaza, insya Allah. Kami sukarelawan Konvoi Kemanusiaan yang akan berangkat ke Gaza bersedia membawa kiriman dari sesiapa juga anak-anak Malaysia untuk kami bawa dan serahkan kepada anak-anak Gaza apabila kami tiba di Gaza nanti. Kiriman akan kami bawa dengan tangan dan serahkan kepada kanak-kanak Gaza yang akan kami temui, insya Allah. Kiriman / buah tangan mesti dalam bentuk kad yang simple dan sederhana. Jika anda ingin berbuat demikian, sila bawa berjumpa kami. Hubnngi ketua delegasi AQSA di e-mail This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

Sayangi anak-anak Palestin yang sedang mempertahankan bumi Ambiya', bumi Masjidil Aqsa.
 
 
Print

Penyertaan Konvoi Kemanusiaan ke 2 Aqsa Syarif

on .

Semenjak pendaftaran Aqsa Syarif (AQSA), Penyertaan dalam Konvoi Viva Palestina 5 adalah merupakan penyertaan kali ke 2 Aqsa Syarif dalam misi bantuan kemanusiaan terhadap rakyat Palestin. Kali pertama ialah pada bulan Mei 2010 melalui Flotila Mavi Marmara Turki yang diserang oleh tentera regim Israel di perairan antarabangsa ketika menuju Gaza. Sukarelawan AQSA ketika itu ialah Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dan Dr Ir Selamat Aliman.

Penyertaan kali kedua konvoi bantuan kemanusiaan ini pula berlainan sedikit kerana ia melalui jalan darat, dan akan disertai oleh lebih ramai sukarelawan AQSA iaitu seramai tujuh orang. Ini antara lain adalah kerana perlunya sukarelawan yang ramai untuk memandu 3 buah kenderaan yang dibeli oleh AQSA beserta barangan untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin khususnya di Gaza.

Sumber: http://aqsa2gaza.blogspot.com/2010/09/penyertaan-konvoi-kemanusiaan-ke-2-aqsa.html

Print

Tujuh sukarelawan AQSA akan menyertai konvoi yang membawa barangan keperluan untuk rakyat Palestin

on .

PENGENALAN RINGKAS:

Misi kemanusiaan ke GAZA anjuran VIVA PALESTINA disertai oleh pelbagai pertubuhan sukarela satu dunia termasuk Viva Palestina Malaysia dan Aqsa Syarif (AQSA). Konvoi puluhan kenderaan pelbagai jenis dan saiz akan berlepas dari London pada 18 Sept 2010 membawa pelbagai bantuan kepeluan penduduk Palestin/Gaza yang telah sekian lama dizalimi, dicederakan, dibunuh, dinafikan hak dan dikepung oleh rejim Zionis Yahudi zalim. Penduduk Gaza sangat memerlukan makanan, perubatan, alatan pembelajaran dan bahan binaan bagi mereka meneruskan hidup seperti manusia biasa.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud