Print

Al-Awda bertolak, pelayaran bermula!

on .

Siri pertama pelayaran pertama bermula! Al-Awda bersama-sama Mairead dan Freedom ini berlepas dari Brygge, Copenhagen pada pukul 5.30 pagi (11.30 pagi waktu Malaysia) menuju ke Kiel, Jerman dan dijangka tiba pada 26 Mei 2018.

Pelayaran ini dianggarkan akan berhenti di sekurang-kurangnya 13 pelabuhan sepanjang perjalanan ke Gaza yang akan memakan masa kira-kira dua bulan setengah.

Print

Persiapan terakhir Al-Awda

on .

COPENHAGEN, 21 Mei 2018 – Tempoh rehat selama dua hari memberikan ruang kepada ahli misi “The Right to A Just Future for Palestine” untuk melakukan beberapa persiapan terakhir sebelum menuju ke pelabuhan seterusnya, iaitu di Kiel, Jerman yang dijangka mengambil masa selama 5 hingga ke 6 hari.

Print

Al-Awda, Freedom & Mairead sampai di Copenhagen

on .

Al-Awda, Freedom & Mairead sampai di Copenhagen

COPENHAGEN, 20 Mei 2018 – Perancangan berjalan dengan baik, Al-Awda bersama dua buah kapal layar, Freedom dan Mairead yang berlayar dari Gothenburg, Sweden telah berlabuh di pelabuhan Island Brygge, Copenhagen.

Misi Flotila ke Gaza,”The Right to A Just Future for Palestine” ini sedang berehat selama dua hari sebelum meneruskan pelayaran sehingga ke Kiel, Jerman pada 22hb Mei. Mereka dijangka sampai di Gaza pada 27hb Julai 2018.

Print

Perkongsian misi & ramah mesra

on .

Perkongsian misi & ramah mesra

COPENHAGEN, 19 Mei 2018 – Hari pertama ketibaan peserta misi di Copenhagen disambut mesra oleh En. Fauzan Ahmad, pelajar jurusan Doktor Falsafah (PhD in Microbiology) yang berasal dari Kedah di lapangan terbang Copenhagen, Denmark.

Kami seterusnya dibawa ke tempat penginapan di kawasan Bispeengbuen. Selepas lebih kurang 16 jam perjalanan, kami berehat terlebih dahulu dan mengadakan mesyuarat ringkas berkenaan perjalanan kami untuk beberapa hari di sini.

Print

Penganjur Women's Boat to Gaza berkumpul di Itali!

on .

ITALI, 25 – 26 Feb 2017 – Dr. Fauziah Mohd Hasan beserta CEO MyCARE, Hj Kamarul Zaman bin Shahrul Anwar telah hadir ke mesyuarat perancangan Women’s Boat to Gaza (WBG) yang seterusnya di Cagliari, Itali. Mesyuarat tersebut turut membuat post morterm tentang misi WBG yang lalu.

Print

Terima kasih atas sokongan anda!

on .

Jutaan terima kasih saya dan suami serta keluarga ucapkan kepada semua pihak yang terlibat, secara langsung atau tidak, dalam menjayakan pelayaran saya dari Barcelona ke Gaza di atas kapal Zaytuna-Olive, Women’s Boat to Gaza (WBG 2016); dan juga dalam usaha-usaha pembebasan saya daripada tahanan rejim Israel.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud