Print

Dua hari sebelum pelayaran

on .

Alhamdulillah, program kesedaran Palestin di Cadiz bersempena kedatangan Al-Awda disambut baik penduduk tempatan.

Kami bekesempatan bertemu beberapa penduduk tempatan yang hadir melawat Al-Awda dan rata-rata bersemangat dan memberikan semangat kepada semua ahli misi dan crew flotila. Dan kami dapat ‘lepak petang’ dengan crew dan ahli misi sambil makan dodol. Terima kasih Bro Khairudin yang bawa dari Malaysia.

Print

MyCARE-Econsave bina semula sekolah di Gaza

on .

MyCARE-Econsave bina semula sekolah di Gaza

Misi kami di Gaza Ramadan ini berpeluang meninjau sekolah As-Solah dan Siti Khadijah di Deir Balah (pertengahan Semenanjung Gaza). Sekolah ini menempatkan 1,800 pelajar perempuan dan lelaki yang mejoritinya adalah anak-anak yatim.

Alhamdulillah semenjak tahun 2014 Econsave bersama MyCARE Johor telah bekerjasama mengumpulkan dana untuk pembangunan semula sekolah yang ranap sebahagian besarnya diserang Israel biadab.

Print

Aku akan tetap teruskan perjuangan ini

on .

Aku akan tetap teruskan perjuangan ini

Pemuda yang kutemui di dalam Great Return March (GRM) di sempadan Gaza-Israel, seolah-oleh membisikkan kata-kata, “Aku akan tetap teruskan perjuangan ini, walau pun tanpa sesiapa peduli dan hanya berseorangan!!”

Kerana ketika kutemui Muhammad di celah-celah ribuan penunjuk perasaan beliau bertongkat (crutches) kerana kecederaan kakinya oleh tembekkan tentera Israel beberapa minggu lalu. Namun Jumaat 8 Jun 2018 itu beliau bersama-sama rakannya yang juga cedera dan bertongkat terus dibarisan hadapan di dalm protes terhadap kebiadaban Israel walaupun dengan susah payah bertongkat ke perhimpunan GRM).

Print

Pagi Syawal tanpa Razan

on .

Pagi Syawal tanpa Razan

Sukarelawan paramedik yang lincah menyelamatkan mangsa tembakan peluru-peluru ganas Israel, rupa-rupanya tidak mengenal sesiapa jua.

Dalam kelincahamu dan kesungguhanmu menyelamat para mangsa serangan tak berprikemanusiaan Zionis laknatullah itu, sebuah peluru meluru tepat di dadamu menembusi jaket lapisan hadapan dan belakang.

Innalillahi wa innailaihi rojiun….!!!

Print

Kalian hero dengan cara yang tersendiri

on .

Kalian hero dengan cara yang tersendiri

Walau apa pun nasib yang menimpa suamimu di perbatasan mahu pun mungkin gugur menjadi Syuhada’, namun kalian terus melangkah berani. Kalian tidak pernah menyerah kalah! Kalian kumpulkan rakan di tempatmu, mengumpul azam, membangun wanita sejati, mendidik anak-anak di Pusat Aktiviti Wanita yang serba sederhana. Latihan kemahiran, didikan kewanitaaan dan kekeluargaan kalian hidupkan.

Print

Hari Raya ini tentunya kamu kesunyian

on .

Hari Raya ini tentunya kamu kesunyian

Senyuman dan pujukan ringkas sahaja yang aku dapat sampaikan buat mu anak-anak para syuhada’. Aku datang mewakili penaja-penajamu yang aku yakin mereka berhajat mengusap kepalamu, namun apa kan daya engkau berjauhan dengan penajamu di Malaysia.

Aku tahu, kedatangan lebaran beberapa jam lagi ini kamu akan kesunyian, merenung wajah ibumu yang juga sugul dan sayu kerana di sisinya tiada lagi suami yang tersayang. Ayahmu terkorban di medan juang mempertahankan Gaza dari terus diceroboh Zionis Yahudi laknatullah!

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud