Print

MyCARE-Econsave bina semula sekolah di Gaza

on .

MyCARE-Econsave bina semula sekolah di Gaza

Misi kami di Gaza Ramadan ini berpeluang meninjau sekolah As-Solah dan Siti Khadijah di Deir Balah (pertengahan Semenanjung Gaza). Sekolah ini menempatkan 1,800 pelajar perempuan dan lelaki yang mejoritinya adalah anak-anak yatim.

Alhamdulillah semenjak tahun 2014 Econsave bersama MyCARE Johor telah bekerjasama mengumpulkan dana untuk pembangunan semula sekolah yang ranap sebahagian besarnya diserang Israel biadab.

Lagi gambar-gambar di album Aqsa Syarif

Bendera Malaysia megah dijulang warga sekolah, papan tanda syarikat pasaraya besar Econsave terpampang sebagai tanda sokongan pelbagai lapisan masyarakat Malaysia yang prihatin terhadap nasib anak-anak Palestin di Gaza. Tahniah En. Mas Imran Adam (Pengurus Besar Econsave) yang bertungkus-lumus menjayakan projek kerjasama ini, Juga tahniah kepada semua pengarah urusan dan staf Econsave di semua cawangan serta semua penderma di kalangan pengunjung Econsave.

Ayuh terus salurkan sedekah dan bantuan kepada rakyat Palestin di www.billplz.com/myramadan .

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud