Print

Aku akan tetap teruskan perjuangan ini

on .

Aku akan tetap teruskan perjuangan ini

Pemuda yang kutemui di dalam Great Return March (GRM) di sempadan Gaza-Israel, seolah-oleh membisikkan kata-kata, “Aku akan tetap teruskan perjuangan ini, walau pun tanpa sesiapa peduli dan hanya berseorangan!!”

Kerana ketika kutemui Muhammad di celah-celah ribuan penunjuk perasaan beliau bertongkat (crutches) kerana kecederaan kakinya oleh tembekkan tentera Israel beberapa minggu lalu. Namun Jumaat 8 Jun 2018 itu beliau bersama-sama rakannya yang juga cedera dan bertongkat terus dibarisan hadapan di dalm protes terhadap kebiadaban Israel walaupun dengan susah payah bertongkat ke perhimpunan GRM).

Aku peluk beliau rapat-rapat dan cium pipinya, dengan maksud menyatakan sokongan KEBERSAMAAN perjuangan menuntut hak yang telah lebih 70 tahun perampasan tanah dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin.

Cukupkah apa yang kita berikan untuk Palestin???

[Dr Mohd Zin Kandar: Khanyounis 8 Jun 2018]

Ayuh terus salurkan sedekah dan bantuan kepada rakyat Palestin di www.billplz.com/myramadan

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud