Print

Hari Raya ini tentunya kamu kesunyian

on .

Hari Raya ini tentunya kamu kesunyian

Senyuman dan pujukan ringkas sahaja yang aku dapat sampaikan buat mu anak-anak para syuhada’. Aku datang mewakili penaja-penajamu yang aku yakin mereka berhajat mengusap kepalamu, namun apa kan daya engkau berjauhan dengan penajamu di Malaysia.

Aku tahu, kedatangan lebaran beberapa jam lagi ini kamu akan kesunyian, merenung wajah ibumu yang juga sugul dan sayu kerana di sisinya tiada lagi suami yang tersayang. Ayahmu terkorban di medan juang mempertahankan Gaza dari terus diceroboh Zionis Yahudi laknatullah!

 

Sabarlah wahai anak-anak Gaza. Kami akan sentiasa menjagamu walaupun hanya mampu menghulurkan tajaan bulanan buatmu terus ke sekolah dan mengecapi makanan yang sederhana.

Jaga ibumu, jaga adik-beradikmu. Kamu ditakdirkan begitu kerana Allah tahu kamu akan mewarisi perjuangan ayahmu.

[Jabalia : 10 Jun 2018]

Tahniah para penaja Projek Anak-Anak Yatim Palestin MyCARE.

Syurga juga buatmu kerana prihatin kepada anak-anak yatim. http://www.mycare.org.my/penajaan-anak-yatim-mycare/

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud