Print

Al-Awda Ditawan Tentera Israel

on .

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengesahkan bahawa pihak kami dan Pusat Komunikasi Misi ‘Right to A Just Future for Palestine’ (JFP) 2018 telah terputus hubungan sepenuhnya dengan Kapal Al-Awda yang sedang belayar ke Gaza pada jam 7.15 petang tadi waktu Malaysia, 49 batu nautika dari Gaza.

[UNTUK EDARAN SEGERA]

29 Julai 2018, 9.30 malam

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengesahkan bahawa pihak kami dan Pusat Komunikasi Misi ‘Right to A Just Future for Palestine’ (JFP) 2018 telah terputus hubungan sepenuhnya dengan Kapal Al-Awda yang sedang belayar ke Gaza pada jam 7.15 petang tadi waktu Malaysia, 49 batu nautika dari Gaza.

Kami percaya Kapal Al-Awda telah ditawan oleh tentera Israel kerana Al-Awda telah dihubungi oleh tentera laut Israel pada jam 5:40 petang dan diberi amaran bahawa mereka akan mengambil segala tindakan yang perlu untuk menghentikan pelayaran Al-Awda. Al-Awda juga sempat melaporkan kehadiran 4 buah kapal tentera laut Israel sebelum komunikasi terputus.

Kapal Al-Awda membawa 22 orang aktivis kemanusiaan daripada 16 buah negara termasuk wakil tunggal Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd Afandi Salleh. Kapal ini turut membawa bekalan perubatan bernilai RM61,000.

MyCARE dan Freedom Flotilla Coalition (FFC) telah mengaktifkan serta-merta usaha membebaskan ahli misi yang diculik oleh tentera Israel di perairan antarabangsa termasuk menghubungi pihak kedutaan dan pasukan peguam yang telah lantik. Maklumat lanjut akan menyusul.

Kamarul Zaman Shaharul Anwar
CEO
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud