Print

FFC, aktivis & kapten Al-Awda

on .

FFC, aktivis & kapten Al-Awda

Ramai yang bertanya siapakah tulang belakang kepada misi laut ke Gaza sejak 2008 sehingga kini.

Ayuh kenali Siapa Freedom Flotilla Coalition (FFC).

FFC terdiri daripada organisasi masyarakat madani dan inisiatif dari pelbagai negara dan telah mencabar sekatan haram (illegal blockade) dan tidak berperikemanusiaan (inhumane) Israel ke atas Gaza hampir 11 tahun dan komited untuk meneruskan perjuangan ini sehingga sekatan tersebut diangkat tanpa syarat dan rakyat Palestin di mana pun mereka berada mendapat hak penuh mereka, termasuk hak kebebasan bergerak (freedom of movement).

Sejak 2008 sehingga kini, sudah 17 misi laut dan 33 kapal cuba untuk memecah kepungan Israel ke atas Gaza.

—–

Selain Dr. Mohd Afandi Salleh (Malaysia), terdapat lebih 20 orang lagi aktivis yang memberanikan diri meredah lautan di atas kapal Al-Awda. Semua datang dengan satu matlamat iaitu MEMECAHKAN KEPUNGAN ZALIM ZIONIS ISRAEL KE ATAS GAZA!

Antaranya termasuklah:

a. Joe Meadors (USA) : salah seorang mangsa yang terselamat dalam serangan Israel ke atas kapal USS Liberty pada tahun 1967. Beliau juga merupakan ahli misi Freedom Flotilla 2010 (Mavi Marmara).

b. Dr. Ang Swee Chai (UK; tapi lahir di Pulau Pinang, Malaysia) : doktor pakar ortopedik yang telah terlibat dalam misi kemanusiaan membantu rakyat Palestin sejak tragedi pembunuhan beramai-ramai di Sabra-Shatilla, Lubnan pada tahun 1982. Pengalaman merawat mangsa tragedi ini telah beliau rakamkan dalam buku “From Beirut to Jerusalem.”

c. Zohar Chamberlain Regev (Israel) : wanita warganegara Israel tetapi telah menetap di Sepanyol selama 14 tahun. Terlibat secara aktif dalam Rumbo a Gaza, kempen sokongan kepada rakyat Palestin di Sepanyol. Beliau adalah kapten kapal Al-Awda!

d. Prof. Gerd von der Lippe (Norway) : wanita berumur 75 tahun ini adalah Profesor dalam bidang Sosiologi Sukan dan merupakan jaguh sukan 100m, 200m dan 400m untuk Norway.

e. Larry Commodore (Kanada) : aktivis Canadian Boat to Gaza ini merupakan etnik Stó:lō, orang asal di Kanada yang simpati dengan nasib penduduk asal Palestin yang dizalimi oleh Zionis Israel.

Kenali mereka dengan lebih dekat di sini » https://jfp.freedomflotilla.org/participants

* senarai termasuk 10 orang lagi aktivis yang belayar menggunakan kapal layar – Freedom dan Falestine, yang saiznya jauh lebih kecil daripada Al-Awda.

—–

Kapten Kapal Al-Awda pula adalah seorang anak muda berumur 28 tahun. Beliau adalah Herman Reksten dari Norway.

Herman adalah seorang pelayar professional di Norway. Sebelum Misi Just Future for Palestine 2018, beliau telah pun menyertai dua misi flotila sebelum ini – di atas kapal Estelle pada tahun 2012 dan kapal Marianne av Göteborg pada tahun 2015.

Dalam kedua-dua misi sebelum ini, beliau telah ditahan dan dipenjarakan sebelum dihantar pulang ke Norway. Beliau berkata tindakan Israel ini tak ubah seperti LANUN!

Ditanya mengapa beliau masih ingin menyertai misi flotila biarpun pernah ditangkap sebelum ini beliau berkata:

“Sebagai seorang pelayar, saya merasa bertanggungjawab untuk menyatakan sokongan kepada pelayar yang lain. Saya tidak boleh berdiam diri sahaja melihat apa yang berlaku ke atas nelayan di Gaza. Saya memilih untuk terlibat dalam misi ini untuk memberi suara (voice) kepada mereka yang tidak mempunyai pilihan (choice).”

Semangat pemuda seperti Herman amat wajar dicontohi anak-anak muda Malaysia agar nasib rakyat Palestin mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Ikuti kedudukan terkini Al-Awda:
https://jfp.freedomflotilla.org/follow-the-mission

Media Inquiry: Fadzeela (013-623 5612)
Untuk sumbangan: http://www.billplz.com/flotilagaza

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud