Print

Terima kasih atas sokongan anda!

on .

Jutaan terima kasih saya dan suami serta keluarga ucapkan kepada semua pihak yang terlibat, secara langsung atau tidak, dalam menjayakan pelayaran saya dari Barcelona ke Gaza di atas kapal Zaytuna-Olive, Women’s Boat to Gaza (WBG 2016); dan juga dalam usaha-usaha pembebasan saya daripada tahanan rejim Israel.

Print

Dr. Fauziah dibebaskan

on .

Sumber dari Kedutaan Malaysia di Jordan dan Wisma Putra mengesahkan bahawa Dr. Fauziah Hasan telah dibebaskan dan dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

Ahli misi WBG yang lain juga sudah dibebaskan dan kami menunggu makluman berkenaan butiran mereka.

Nantikan maklumat selanjutnya.

Ikuti perkembangan terkini di FB Rose2Rose.

Print

Senarai nama delegasi WBG yang sedang ditahan

on .

Berikut adalah senarai lengkap delegasi kapal Zaytouna yang ketika ini ditahan oleh Israel iaitu seramai 13 orang:

01 Mairead Maguire, Ireland
(1976 Nobel Peace Prize, Aktivis kapal MV Rachel Corrie 2010)

02 Marama Davidson, New Zealand
(Ahli Parlimen New Zealand Green Party, Aktivis Alam Sekitar & Hak Asasi Manusia)

03 Jeannette Escanilla, Sweden
(Ahli Parlimen Sweden Left Party, Aktivis kapal Estelle 2012)

04 Samira Douaifia, Algeria
(Ahli Parlimen Algeria, Aktivis Kanak-Kanak dan Wanita)

05 Leigh-Ann Naidoo, South Africa
(Peserta Bola Tampar Olimpik 2004 Athens)

06 Ann Wright, United States
(Pesara askar US Kolonel, Bekas Diplomat US, Aktivis Kapal Challenge 1 2010, penganjur US Boat to Gaza 2011, Boat Leader Gaza Freedom Flotilla 2015, Boat Leader Women’s Boat to Gaza 2016)

07 Yudit Barbara Ilany, Israel
(Aktivis Hak Asasi Wanita, Freelancer Israel Social TV)

08 Dr. Fauziah Hasan, Malaysia
(Pakar O&G, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Penasihat Rose2Rose)

09 Mina Harballou, United Kingdom
(Correspondent with Al-Jazeera)

10 Hoda Rakhme, Russia
(Camerawoman/Editor for Al-Jazeera)

11 Sandra Barrilaro, Spain
(Fotografer, Co-Founder Namblee.com – )

12 Synne Sofie Reksten, Norway
(Krew Kapal, Pelajar dari Norway)

13 Emma Ringqvist, Sweden
(Krew Kapal, Guru Musik)

Biodata penuh ahli misi boleh dilayari di laman web rasmi Freedom Flotilla Coalition di sini: https://wbg.freedomflotilla.org/participants-on-board-messina-to-gaza

#WomensBoattoGaza #FreeDrFauziah #Rose2Rose

Print

Kapal Zaytouna-Oliva Women’s Boat to Gaza sah ditawan tentera Israel

on .

Crisis Centre Misi Women’s Boat to Gaza (WBG), Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dengan ini mengesahkan bahawa kapal Zaytouna-Oliva beserta 3 krew dan 10 orang anak kapal (termasuk wakil tunggal Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hasan) telah ditawan oleh tentera Israel sekitar jam 9.58 malam (waktu Malaysia) hari ini (5 Oktober). Kapal Zaytouna dijangka akan ditunda oleh tentera Israel menuju ke Pelabuhan Ashdod.

Maklumat lanjut akan menyusul.

Ikuti perkembangan terkini di FB Rose2Rose.

Print

Pelepasan kapal misi Women's Boat to Gaza

on .

BARCELONA, 14 Sep 2016 - Tepat pada pukul 8 malam waktu tempatan (2 pagi waktu Malaysia), kapal pertama iaitu Zaytouna-Olive yang membawa Dr.Fauziah Mohd Hasan selamat berlepas.

Print

Majlis meraikan ahli misi WBG

on .

AMPANG, 31 Sep 2016 - Sebuah majlis ringkas oleh para aktivis dan sukarelawan Rose2Rose dan MyCARE bagi meraikan ahli misi Kapal Wanita ke Gaza (Women's Boat to Gaza), Dr.Fauziah Mohd Hasan.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud