Print

Sukarelawan MyCARE dibunuh Zionis Israel

on .

Sukarelawan MyCARE dibunuh Zionis Israel

Allahu Akbar! Pilu hati kami mendapat berita dari pegawai kami di Gaza.

Razan Ashraf Najjar yang berumur 21 tahun terbunuh akibat ditembak di dada oleh sniper rejim Zionis Israel ketika memberikan bantuan perubatan di perkampungan Khuza’a.

Razan pernah berkata, “Boleh sahaja jika saya hanya bekerja di hospital. Tetapi saya lebih suka untuk berada di barisan hadapan bersama-sama para sahabat saya di lapangan.”

“Setiap hari akan ada yang gugur syahid di Gaza dan mereka itu lebih mulia dari saya. Saya mengharapkan saya juga syahid seperti mereka.”

Tanggal 1 Jun, Allah memakbulkan doanya. Beliau gugur sebagai seorang paramedik, seorang hero yang menyelamatkan nyawa orang lain dan seorang pejuang yang ingin membebaskan tanah air tercinta.

Razan menjadi sukarelawan kami sejak Ramadan tahun lepas.

Tahun ini Razan bercadang untuk meneruskan kerja-kerja sukarelawan beliau tetapi Allah lebih menyayangi Razan.

Kami kehilangan 2 orang sahabat dalam masa terdekat ini. Imam Fadi al-Batsh dan Razan Najjar.

Semoga kedua-duanya dikurniakan syahid.

Semoga pemergian Razan menjadi motivasi kepada sahabat-sahabat kami di Palestin untuk terus berjuang.

Kami di sini akan terus menyalurkan bantuan kepada sahabat-sahabat di Palestin.

Kami merayu kepada rakyat Malaysia untuk membantu perjuangan ini dengan menyumbang Penajaan Makanan (sahur, iftar dan pek makanan) dan Hadiah Raya yang akan diagihkan kepada lebih 100,000 penerima manfaat di tempat-tempat berikut:

Gaza
Masjid Al-Aqsa (Baitul Makdis)
Tebing Barat
Syria
Lubnan
Yaman
Cox’s Bazar
Malaysia

Salurkan sumbangan anda atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’

Secara ONLINE > www.billplz.com/myramadan

Maybank Islamic : 5642-5856-0698
Bank Islam : 1209-20100-34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
JomPAY Biller Code: 6197

Maklumkan melalui email ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. bersama salinan slip atau Whatsapp/Telegram ke 018-9089282 dan nyatakan kemasukan untuk ‘Makanan’ atau ‘Iftar/Sahur’ atau ‘Hadiah Raya’

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat MyCARE:
+603-8941 2341 atau 018-9089282 (En Sazlie).

“Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling dermawan, dan beliau menjadi lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan.”
– HR Bukhari dan Muslim

Sebarkan supaya lebih banyak perut yang terisi!

Jangan lupa doakan kesejahteraan buat as-Syahid Imam Fadi al-Batsh dan Razan Najjar.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud