Print

Forum Kemanusiaan & Pembangunan Palestin di Doha

on .

QATAR, 8-10 Mac 2017 – Telah berlangsung “The Humanitarian and Developmental Forum For Palestine (HDFP) yang dainjurkan oleh Qatar Charity di The Westin Hotel, Doha. Lebih 200 peserta dari seluruh dunia yang mewakili pelbagai NGO kemanusiaan hadir.

Objektif utama persidangan alalah unutk membincangkan strategi dan langkah proaktif bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula Gaza melalui kerjasama strategik.

Print

Penganjur Women's Boat to Gaza berkumpul di Itali!

on .

ITALI, 25 – 26 Feb 2017 – Dr. Fauziah Mohd Hasan beserta CEO MyCARE, Hj Kamarul Zaman bin Shahrul Anwar telah hadir ke mesyuarat perancangan Women’s Boat to Gaza (WBG) yang seterusnya di Cagliari, Itali. Mesyuarat tersebut turut membuat post morterm tentang misi WBG yang lalu.

Print

MyCARE Gaza dikunjungi Duta Malaysia dari Mesir

on .

Duta Malaysia di Mesir, Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari bersama wakil-wakil lain telah mengunjungi pejabat kami di Gaza baru-baru ini. Wakil kami di sana telah menunjukkan anugerah-anugerah yang telah diberikan oleh pelbagai pihak termasuk dari kerajaan Palestin. MyCARE Gaza juga telah dipilih dan diaudit oleh Transparency International (www.transparency.org/)untuk pencalonan anugerah mereka.

Print

Terima kasih atas sokongan anda!

on .

Jutaan terima kasih saya dan suami serta keluarga ucapkan kepada semua pihak yang terlibat, secara langsung atau tidak, dalam menjayakan pelayaran saya dari Barcelona ke Gaza di atas kapal Zaytuna-Olive, Women’s Boat to Gaza (WBG 2016); dan juga dalam usaha-usaha pembebasan saya daripada tahanan rejim Israel.

Print

Dr. Fauziah dibebaskan

on .

Sumber dari Kedutaan Malaysia di Jordan dan Wisma Putra mengesahkan bahawa Dr. Fauziah Hasan telah dibebaskan dan dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

Ahli misi WBG yang lain juga sudah dibebaskan dan kami menunggu makluman berkenaan butiran mereka.

Nantikan maklumat selanjutnya.

Ikuti perkembangan terkini di FB Rose2Rose.

Print

Senarai nama delegasi WBG yang sedang ditahan

on .

Berikut adalah senarai lengkap delegasi kapal Zaytouna yang ketika ini ditahan oleh Israel iaitu seramai 13 orang:

01 Mairead Maguire, Ireland
(1976 Nobel Peace Prize, Aktivis kapal MV Rachel Corrie 2010)

02 Marama Davidson, New Zealand
(Ahli Parlimen New Zealand Green Party, Aktivis Alam Sekitar & Hak Asasi Manusia)

03 Jeannette Escanilla, Sweden
(Ahli Parlimen Sweden Left Party, Aktivis kapal Estelle 2012)

04 Samira Douaifia, Algeria
(Ahli Parlimen Algeria, Aktivis Kanak-Kanak dan Wanita)

05 Leigh-Ann Naidoo, South Africa
(Peserta Bola Tampar Olimpik 2004 Athens)

06 Ann Wright, United States
(Pesara askar US Kolonel, Bekas Diplomat US, Aktivis Kapal Challenge 1 2010, penganjur US Boat to Gaza 2011, Boat Leader Gaza Freedom Flotilla 2015, Boat Leader Women’s Boat to Gaza 2016)

07 Yudit Barbara Ilany, Israel
(Aktivis Hak Asasi Wanita, Freelancer Israel Social TV)

08 Dr. Fauziah Hasan, Malaysia
(Pakar O&G, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Penasihat Rose2Rose)

09 Mina Harballou, United Kingdom
(Correspondent with Al-Jazeera)

10 Hoda Rakhme, Russia
(Camerawoman/Editor for Al-Jazeera)

11 Sandra Barrilaro, Spain
(Fotografer, Co-Founder Namblee.com – )

12 Synne Sofie Reksten, Norway
(Krew Kapal, Pelajar dari Norway)

13 Emma Ringqvist, Sweden
(Krew Kapal, Guru Musik)

Biodata penuh ahli misi boleh dilayari di laman web rasmi Freedom Flotilla Coalition di sini: https://wbg.freedomflotilla.org/participants-on-board-messina-to-gaza

#WomensBoattoGaza #FreeDrFauziah #Rose2Rose

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud