Aqsa Syarif di Felda Taib Andak Johor
15 April 2010 - Seramai hampir 100 jamaah menghadiri ceramah "Aqsa, kami bersamamu" di Masjid Jami' Felda Taib Andak anjuran bersama Kelab Belia JIM dan masjid tersebut. Hadirin terdiri dari orang dewasa, kaum wanita dan kanak-kanak.
Ceramah disampaikan oleh Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar (S/U Aqsa Syarif Malaysia) dan Prof Madya Dr Mad Hussin Yunan (Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif Johor Bahru Tengah). Sejarah ringkas, perkembangan terkini Palestin dan apa yang harus dilakukan oleh kita rakyat Malysia menjadi kandungan utama ceramah.