Print

Sekolah Tun Fatimah bersama menjayakan KitaKanKawan

on .

JOHOR BAHRU, 1 Nov 2015 - Pelancaran Kempen #KitaKanKawan telah berlangsung di Sekolah Tun Fatimah (STF). Kempen ini merupakan kempen menanamkan nilai-nilai murni kesukarelawanan dan kemanusiaan di kalangan pelajar agar lahirnya generasi dan masyarakat prihatin sebagai menyokong salah satu tonggak Wawasan 2020.

Print

Back2School terus menjelajah

on .

AMPANG, 20 Okt 2015 - Kini #‎Back2School‬ berada di Khalifah Model School pula. Aktivis MyCARE, Saidatul Syuhada berkongsi cerita berkenaan persekolahan kanak-kanak di negara-negara yang memerlukan seperti Syria, Palestin, Filipina, Myanmar dan lain-lain.

Print

Ummah Menuju Palestin

on .

JOHOR BAHRU, 22 Okt 2015 - Alhamdulillah telah berlangsung forum berjudul Ummah Menuju Palestin yang dianjurkan urusetia Fesko UTM tahun ini. Menampilkan ahli panel Yatt Hamzah dan Dr Mohd Zin Kandar dengan dipengerusikan Ustaz Elliyeen Amineein.

Print

Kempen Kesukarelawanan & Kemanusiaan di SMK Senai

on .

KULAI, 8 Okt 2015 - Telah berlangsungnya ceramah Kempen Kesedaran dan Kesukarelawanan MyCARE Johor yg telah diadakan pada jam 12.30 tengahari di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai. Ceramah disampaikan oleh Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar.

Print

Semangat SMK Taman Daya

on .

JOHOR BAHRU, 17 Sept 2015 - Bergema pula di SMK Taman Daya semangat "We Care, We Share With MyCARE" - Alhamdulillah semangat kebersamaan anak-anak Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya terserlah melalui satu lagi program #KitaKanKawan - Kempen Kesedaran Kesukarelawanan dan Kemanusiaan MyCARE bagi menimbulkan kebersamaan rakyat Malaysia ke atas penderitaan anak-anak Palestin, Syria dan Rohingya serta di mana jua yang dihimpit kesengsaraan.

Print

Ceramah kesedaran di SMK Suria Perdana

on .

BATU PAHAT, 9 Sep 2015 - Alhamdulillah satu ceramah yang bermanfaat dan memberi motivasi kepada sebahagian pelajar tingkatan dua hingga lima telah disampaikan dengan baik oleh Ustaz Rofazlin Jusoh, Eksekutif MyCARE Johor.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud