Print

Ikrar memperjuangkan Palestin bergema dari UniKL MFI

on .

19 Feb 2011 - Di dewan perhimpunan Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI), Bandar Baru Bangi bergema ikrar dan slogan anak-anak muda untuk memperjuangkan pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa.

Dengan penuh disiplin dan profesional, majlis penutupan Minggu Penghayatan Islam UniKL MFI (MPI2011) anjuran RuHIS UniKL MFI dihiasi dengan beberapa acara menarik termasuk persembahan mantap penasyid tahan air INTEAM, persembahan nasyid Ruhul Jihad oleh kumpulan nasyid UniKL serta ceramah ringkas Palestin & Aqsa2Gaza oleh Prof Madya Dr. Mohd Zin dari Aqsa Syarif. Dihadiri oleh para pelajar UniKL, pelajar universiti berdekatan dan staf UniKL, majlis tersebut juga dihiasi dengan pameran dan jualan produk-produk Palestin dari Aqsa Syarif.

Print

Sharing Session at 6th Floor Wisma TM Taman Desa

on .

Assalamualaikum wrt. Last Tuesday at lunchtime in a meeting room, Azmi Katiman, did a Gaza sharing session at the place above. It was his former office and attended by folks he knew, including his former boss, Hj Hazarudin.

Inspired by his earnest talk, the organizer Puan Izlin, will bring Azmi to the main surau of the building in the near future to which Azmi simply replied "bisa buk" (meaning 'ok madam' in Indonesian). RM 231.10 was raised that day.

Print

Ceramah Perdana Palestin Aqsa Syarif di TM

on .

Seperti dirancang, majlis ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna Menara TM antara jam 12.15- 1.30 ptg (25 Mei ). Dr Hafidzi banyak menjuruskan penyampaiannya kepada isu Palestin/AlAqsa sebagai salah satu tanah suci umat Islam dan kewajipan kita untuk mempertahankannya

Ceramah yang diselang seli dengan tayangan video clip itu menjadi syahdu dan ramai hadirin menjadi sebak apabila Dr Hafidzi menayangkan dan membacakan wasiat yang diterima dari salah seorang sukarelawan Malaysia yang sedang menuju ke Gaza.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud