Print

TOPS di pejabat IKRAM WP

on .

KUALA LUMPUR, 26 Mei 2012 - Satu program TOPS - Training of Palestine Specialist telah dianjurkan oleh Aqsa Syarif Wilayah Persekutuan di pejabat IKRAM WP Keramat Permai. Sebanyak 14 bahan telah dibentangkan iaitu:

1. Baitul Maqdis dan bumi Syams dari sudut aqidah
2. Sejarah Bani Israel sepintas lalu
3. Ideologi Zionisme
4. Disolusi khliafah Uthmaniah
5. Nakbah

Print

Aqsa Syarif WP anjur Palestinian Buddies Hop-On Hop-Off

on .


Kuala Lumpur, 14 Januari 2012 - Alhamdulillah, puji dan syukur ke atas Allah SWT dengan izinnya Program Palestinian Buddies Hop-On Hop-Off (PB-HOHO) telah berakhir dengan jayanya.

Program yang melibatkan lebih 100 kanak-kanak terdiri daripada anak-anak IKRAM Wilayah Persekutuan (WP), warga Palestin dari PCOM, dan pelajar Sekolah Rendah Islam Al-Amin (SRIAA) WP serta lebih 20 orang fasilitator telah dirasmikan oleh YDP IKRAM WP Prof. Dr. Sahrim Ahmad di kawasan letak kereta Masjid Negara kira-kira jam 9 pagi seusai sarapan. Turut berucap ialah Pengurus Besar Aqsa Syarif, En. Muhamad Munawer Ismail dan Pengarah Program,  Saudara Muhammad Mundzir Mohamed Hatta dengan majlis dipengerusikan oleh Saudara 'Ammar Sahrim. Turut hadir adalah Pengurus Aqsa Syarif WP, En. Zaharudin Othman dan wakil Wanita IKRAM WP, Puan Julie.

Print

Perkongsian A2G2 di Masjid Al-Muttaqin

on .

Wangsa Melawati, Jumaat, 9 Sep 2011 - En. Muhamad Munawer, Pengurus Besar Aqsa Syarif Berhad, yang juga peserta misi Aqsa2Gaza2 telah memberikan perkongsian isu Palestin dan pengalaman di Gaza kepada para jemaah di Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati.

Print

Gerai Aqsa Syarif di PWTC

on .

Kuala Lumpur, Julai 2011 - Aqsa Syarif Berhad membuka satu gerai pameran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sempena Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2011. Pameran ini bermula pada 20 Julai dan berakhir pada 23 Julai 2011.

Print

Ceramah Israk Mikraj di Masjid Al-Mustaqimah

on .

Ceramah “Bumi Israk wal Mikraj” telah disampaikan oleh Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Aqsa Syarif pada 30 Jun 2011 di Masjid Al Mustaqimah, Cheras Indah. Selain ceramah, pameran dan jualan barangan Palestin juga telah diadakan. Sebanyak RM 1,563.00 derma dan jualan telah berjaya diperolehi pada hari tersebut.

Print

Pengorbanan dan perjuangan

on .

15 Feb 2011 - Kesempatan diberikan oleh Jawatankuasa Koperasi Muslimin Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk berkongsi tajuk di atas. Penyampaian bermula dengan mengenengahkan keperluan kita sebagai individu Muslim dan organisasi Islam untuk memahami perjalanan kehidupan Rasulullah SAW, para sahabat dan pejuang-pejuang Islam sepanjang sejarah.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud