Print

Imam Muda Gaza di Masjid Wilayah

on .

KUALA LUMPUR, 16 Jul 2013 - Sekretariat Aqsa Syarif Petaling Jaya dengan kerjasama Pihak Pengurusan Masjid Wilayah telah menggandingkan 2 imam muda jemputan; imam jemputan tetap Masjid Wilayah untuk sepanjang Ramadhan, Imam Mohamad Munji, dan Imam Muda Gaza, Imam Ismail Musa Ismail Matar, untuk mengimamkan solat fardhu Maghrib dan Isyak serta solat terawih semalam.

Print

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Ibu Pejabat MARA

on .

KUALA LUMPUR, 15 Feb 2013 - Pihak MARA melalui Badan Ugama Dan Kebajikan MARA (BUKM) telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H Peringkat Ibu Pejabat MARA. Majlis dimulakan dengan sesi perarakan pada pukul 8.45 pagi bermula daripada pintu utama Ibu Pejabat MARA sehingga Dewan Utama, Hotel Premiera (Menara MARA). Perarakan ini melibatkan sebanyak 10 kontinjen yang melibatkan kombinasi semua Bahagian di Ibu Pejabat MARA dan Syarikat-syarikat Subsidiari MARA serta satu kontinjen VIP yang terdiri ahli-ahli Pengurusan MARA.

Print

Karnival Palestin Di Hatiku di PICOMS

on .

KUALA LUMPUR, 19 Dis 2012 - Karnival Amal Palestin Di Hatiku anjuran Kelab Rakan Usrah (KRU) PICOMS dengan kerjasama Aqsa Syarif Daerah Batu dilancarkan oleh Prof Dato' Dr. Jamjan, Pengarah Akademik PICOMS. Majlis pelancaran diserikan dengan pesembahan nasyid Palestin oleh para pelajar PICOMS dan ceramah khas Isu Palestin oleh Tuan Haji Ar. Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf Pengerusi JK Pembelaan Ummah IKRAM Selangor. Turut hadir dalam majlis pelancaran ini Encik Hassan Unir (YDP IKRAM Daerah Batu) dan Tuan Haji Wan Mohd Zukri Che Mat Zin (Ketua Sekretariat Aqsa Syarif Batu).

Print

Perkongsian terkini Palestin di Surau Al-Hidayah

on .

KUALA LUMPUR, 10 Nov 2012 - Alhamdulillah, Jawatankuasa Pembelaan Ummat IKRAM Ampang Jaya telah berjaya menganjurkan sebuah ceramah Palestin di Surau Al-Hidayah, Taman Keramat Permai selepas Solat Maghrib. Walaupun di dalam keadaan hujan lebat, namun ia tidak mematahkan semangat rombongan serta penceramah, dan juga para jemaah surau.

Print

Aqsa Syarif menyertai Iftar Perdana PCOM

on .

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2012 - Aqsa Syarif telah dijemput oleh Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) untuk turut bersama dengan komuniti Palestin di Malaysia, dalam majlis Iftar Perdana mereka di Restoran Hadramawt, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Print

Aqsa Syarif di forum Sehari Bersama Kiblat Pertamaku, KPPK

on .


Putrajaya, 18 Julai 2012 -
Aqsa Syarif telah dijemput untuk memberi pengisian bagi forum sempena Sehari Bersama Kiblat Pertamaku yang dianjurkan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) di Putrajaya, pada hari Rabu yang lalu. Selain itu, Aqsa Syarif juga diberi peluang membuat pameran Palestin dan Al-Aqsa sempena forum tersebut, dengan kerjasama Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM).

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud