Print

Gerai Aqsa Syarif di PWTC

on .

Kuala Lumpur, Julai 2011 - Aqsa Syarif Berhad membuka satu gerai pameran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sempena Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2011. Pameran ini bermula pada 20 Julai dan berakhir pada 23 Julai 2011.

 

Gerai pameran kali ini diselia oleh staf Aqsa Syarif Pusat. Antara yang disediakan di gerai ini ialah banner projek-projek Aqsa Syarif, banner info berkenaan Palestin, baju, mafla, lencana, cd dan beberapa judul buku keluaran JIMedia turut dijual di situ. Selain itu, apa yang menarik perhatian pengunjung ialah tayangan beberapa video yang memaparkan kisah perjuangan Palestin dan juga DVD keluaran The Welfare Association for Palestinian and Lebanese Families (WAFRAH) berkaitan keadaan keluarga miskin Palestin yang menyayat hati.

Pada hari ini, Khamis 21 Julai, gerai Aqsa Syarif turut dikunjungi oleh YB Datuk Hj Ahmad Bin Hj Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Gerai akan dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam sepanjang pameran ini diadakan. Marilah berkunjung ke gerai Aqsa Syarif di gerai nombor 60. Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa!

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud