Print

TOPS di pejabat IKRAM WP

on .

KUALA LUMPUR, 26 Mei 2012 - Satu program TOPS - Training of Palestine Specialist telah dianjurkan oleh Aqsa Syarif Wilayah Persekutuan di pejabat IKRAM WP Keramat Permai. Sebanyak 14 bahan telah dibentangkan iaitu:

1. Baitul Maqdis dan bumi Syams dari sudut aqidah
2. Sejarah Bani Israel sepintas lalu
3. Ideologi Zionisme
4. Disolusi khliafah Uthmaniah
5. Nakbah

6. Berdirinya entiti haram Israel
7. Hubungan Mesir-Israel
8. Intifadah
9. Hamas-Fatah
10. Two State Solution
11. Pengyahudian Baitul Maqdis
12. Arab Spring
13. Melaka dan Baitul Maqdis
14. Ulama Tanah Melayu dan Khilafah Uthmaniah

Comments   

 
+1 #5 Amirul Izzat 2012-11-22 23:46
Assalamualaikum ,

Alhamdulil lah, semoga usaha kalian dirahmati Allah. Saya dari IKRAM gombak.Mohon jika ada aktiviti Aqsa Syarif mohon di hebahkan kepada saya.
Quote
 
 
0 #4 admin 2012-06-05 12:26
Kami tiada senarai lengkap semua ceramah-ceramah untuk kawasan KL/Selangor sekarang. Insya Allah akan dikemas kini di website apabila ada. Terima kasih.
Quote
 
 
0 #3 admin 2012-06-05 12:05
Waalaikumussala m.

Syabas di atas semangat yang saudari tunjukkan. Inilah yang kita semua harapkan daripada remaja hari ini. Semoga Allah memudahkan perjuangan saudari.

Buat permulaan, selain berdoa, saudari boleh mewar-warkan tentang Palestin dan Aqsa Syarif kepada keluarga dan rakan-rakan. Beri mereka kenal apa itu Palestin, sejarahnya, kaitannya dengan umat Islam, bagaimana kehidupan saudara kita di sana dan bentuk penindasan yang mereka hadapi dan pentingnya kita untuk membantu mereka. Saudari boleh berbual dengan ibubapa saudari mengenai Palestin. Insya Allah apabila mereka melihat minat dan kesungguhan saudari, mereka akan gembira dan bangga. Jangan risau sekiranya usaha sebegini saudari rasakan masih terlalu sedikit. Setiap usaha harus ada langkah pertama. Teruskan berdoa agar segalanya dipermudahkan.

Saudari juga boleh mendaftar sebagai sukarelawan Aqsa Syarif apabila sudah bersedia. Sila isi borang ini dan pihak kami akan menghubungi saudari: http://tinyurl.com/relawanAQSASYARIF/

Teruskan mengikuti Aqsa Syarif di website ini dan juga di Facebook kami. Terima kasih.
Quote
 
 
0 #2 Hajar 2012-06-03 21:01
Assalamualaikum admin. Umur saya 17 tahun. Selama ini saya tahu tentang kewujudan organization ni. Cuma mungkin saya berfikir saya terlalu muda untuk berjihad. Tapi, saya mempunyai kemahuan untuk mencuba memberi sedikit sumbangan seikhlas hati saya untuk membantu kanak-kanak mahupun orang tua di sana, cuma saya tidak tahu bagaimana. Bagi saya, melalui doa saja tidak mencukupi untuk meringankan beban yang mereka hadapi sekarang ini. Selama ini saya tidak pernah didedahkan dengan apa-apa community service kerana parents saya tidak benarkan. Tetapi sejujurnya, saya ingin sangat mahu membantu mereka ini. Jadi, saya harap, pihak admin boleh beri nasihat tentang apa yang boleh saya sumbangkan selain doa. Shukran.
Quote
 
 
0 #1 Maya 2012-05-31 00:34
As salam. Emailkan saya ceramah2 berkaitan bagi kawasan KL/Selangor. Terima kasih.
Quote
 

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud