Print

Perkongsian A2G2 di Masjid Al-Muttaqin

on .

Wangsa Melawati, Jumaat, 9 Sep 2011 - En. Muhamad Munawer, Pengurus Besar Aqsa Syarif Berhad, yang juga peserta misi Aqsa2Gaza2 telah memberikan perkongsian isu Palestin dan pengalaman di Gaza kepada para jemaah di Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati.

 

Program bermula lebih kurang jam 12.45 tengahari, sebelum azan Zohor berkumandang. Dalam masa yang agak terhad, beliau sempat berkongsi dua perkara utama:

1) Pencerobohan Israel terhadap Palestin - Kenapa Israel tak boleh diiktiraf - Kenapa kita (ummat Islam) bertanggungjawab membantu Palestin.

2) Perjalanan A2G2 - beliau sempat bercerita dan memaparkan gambar aktiviti/pengalaman melawat dan menyampaikan bantuan kpd saudara-saudara kita di Khan Younis dan Jabalia.

Selepas tamat, seorang jemaah 'menahan' beliau daripada memasuki saf jemaah. Rupa-rupanya ingin meminta kad nama beliau. Seorang lagi ahli jemaah berjumpa dengan beliau selepas solat untuk minta perkongsian yang lebih banyak pada slot Maghrib dalam masa terdekat.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud