Print

Lawatan Rose2Rose ke Pantai Timur

Kuala Terengganu, 15 Oktober 2011 - Seramai hampir 50 orang wanita mewakili Terengganu, dan Kelantan telah hadir dalam pertemuan pertama Rose2Rose. Wakil negeri Pahang turut serta pada sesi taklimat sahaja manakala yang lain meneruskan sehingga perkongsian dan perbincangan projek Rose2Rose (R2R). Projek R2R ini adalah satu projek Aqsa Syarif yang akan dikendalikan oleh wanita untuk wanita di Palestin.

Pertemuan ini telah diatur dengan kerjasama Wanita IKRAM Kuala Terengganu selaku tuan rumah bersama Aqsa Syarif Berhad. Aqsa Syarif Berhad telah diwakili oleh Dr. Fauziah Mohd Hasan selaku ahli Lembaga Pemegang Amanah aqsa Syarif, Puan Sharifah Mahiza Syed Abd Kadir,Pengurus Projek Ibu Pejabat dan Cik Noorhasyimah Ismail selaku ahli misi A2G2 dan staf di Ibu Pejabat Aqsa Syarif.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud