Print

Malam penutup Minggu Save Our Gaza

DUNGUN, 27 Feb 2013 - Alhamdulillah AQSA Dungun telah dijemput ke program penutup Minggu Save Our Gaza (SOG), Sekolah Imtiaz Kemaman (sekolah ini ditempatkan sementara di Bandar Muktafi Billah Shah, kawasan jajahan Dungun). Program seminggu itu yang dikendalikan sepenuhnya oleh para pelajar Tingakatan 1-3 melibatkan aktiviti war games, pertandingan poster Palestin, khotibah/ceramah isu Palestin dan pertandingan persembahan.

 

Malam tadi kami dipertontonkan lakonan persembahan terbaik mereka. Ada 2 perkara menariknya tentang plot lakonan mereka. Yang pertama ialah babak akhir di mana Perdana Menteri Israel berjaya dibunuh oleh Tentera Izzudin Al-Qassam. Yang kedua pasca serangan besar-besaran tentera Zionis ke atas Palestin, sebuah pertubuhan Palestin dari Malaysia telah turun menghulurkan bantuan. Dan pertubuhan itu ialah AQSA SYARIF.

AQSA telah terlebih dahulu dijemput untuk membuat pengisian Palestin dalam program ini, di mana yang telah mengisi slot ialah Saudara Mus'ab bin Muzahar, ahli A2G2. Kemudiannya AQSA dijemput sekali lagi untuk upacara penutup program dan menyerahan kutipan sumbangan yang berjumlah lebih kurang RM 2,000.00.

Allahu Akbar!

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud