Print

Surau Darussalam sumbang RM1,6770.00

Dungun, 20 Okt 2012 - Telah berlangsung program perkongsian Ibrah Dari Bumi Gaza oleh peserta misi A2Q8 yang juga Timbalan YDP IKRAM Kemaman, Haji Muzahar Bin Hitam di Surau Darussalam, Paka. Kehadiran juga sangat memberangsangkan di kalangan para pemuda sehingga ke luar ruang solat utama.

 

Respon yang diterima daripada seorang AJK surau iaitu Haji Nordin, beliau amat mengalu-alukan program dari AQSA/IKRAM di masa yang akan datang, khususnya program-program Palestin serta program remaja dan belia. Ini adalah program kedua AQSA di surau ini selepas kunjungan Imam Taha dan Muhammad pada bulan Ramadhan baru-baru ini.

Kutipan yang berjaya dikumpul adalah sebanyak RM 1,677.00. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua.

Qayyim Hafidzi
Aqsa Syarif Dungun

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud