Print

Perkongsian A2G8 & 9 di UniSZA Kota, Terengganu

Kuala Terengganu, 9 Sep 2012 - Alhamdulillah, telah selesai satu perkongsian Misi A2G8 & 9 di Gaza, Palestin bersama dengan pelajar-pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kota anjuran AJK Surau Maidam. UniSZA pasti akan terus menerus memacu ke hadapan di antara seluruh universiti di Malaysia dengan anjuran program dan kutipan sumbangan yang tinggi untuk perjuangan membebaskan bumi Al-Quds.

 

Perkongsian dimulakan seusai sahaja solat Maghrib. Alhamdulillah ia dapat diselesaikan dalam masa terhad 2 jam dengan jayanya. Sebelum ini juga pernah dibuat sesi ceramah dan kutipan untuk Palestin di sini. Harapan yang sempat saya lontarkan kepada mereka ialah supaya mereka dapat bersama-sama menjadi sukarelawan yang bergerak menyebarkan isu Palestin di mana jua mereka berada tidak kira sama ada melalui media elektronik seperti Facebook, tulisan atau sebagainya. Insya Allah program seperti ini akan cuba dijadikan aktiviti tahunan untuk para pelajar di sini.

Masrul Arifin Bin Mohd Nazir
Setiausaha
Aqsa Syarif Terengganu


Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud