Print

Aqsa Syarif dan IKRAM Kemaman di Masjid Batu Putih


Alhamdulillah pada 16 Mac 2012, seusai solat Maghrib telah berlangsung ceramah Palestin yang disampaikan oleh YDP IKRAM Kemaman, Haji Zameran Jusoh. Program ini dianjurkan oleh jawatankuasa masjid dengan kerjasama Aqsa Syarif dan IKRAM Kemaman.

 


Haji Zameran yang juga ketua sekretariat Aqsa Syarif Kemaman dalam penerangannya berkata, isu Palestin ini bukan isu kemanusiaan semata-mata, sebagai umat Islam yang sayangkan Islam, Isu Palestin perlulah diberi perhatian yang lebih apatah lagi Masjid Al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam dan kini Masjid Al-Aqsa kini berada dalam kawalan Zionis Yahudi.

Haji Zameran turut mendedahkan perancangan jahat Zionis Yahudi yang menakluk tanah milik umat Islam dengan terancang sejak awal 1900 lagi. Kemuncaknya pada 1948 apabila Yahudi Zionis mendapat mandat dari PBB melalui resolusi 181 untuk membenarkan mereka menduduki tanah Palestin sebanyak 55% dan sekaligus menukarkan nama Palestin kepada Israel.

Haji Zameran turut berkongsi agar kita selaku umat Islam boleh membantu saudara kita di sana dengan beberapa langkah. Antaranya ialah:

1. Kembali mengamalkan ajaran Islam yang sebenar

2. Bantuan wang ringgit (telah difatwakan wajib membantu saudara kita di Palestin oleh Dr. Yusuf Al Qardhawi)

3. Memboikot barangan Israel,USA dan berkaitan dengannya sedaya upaya

4. Doa berterusan

Di akhir majlis, sebanyak RM 449.00 telah berjaya dikumpulkan dan diserahkan kepada Aqsa Syarif Kemaman. Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada pihak Masjid Batu Putih atas peluang ini. Insya Allah, pada masa akan datang kerjasama erat ini akan diteruskan dengan program program pembangunan insan dan kesedaran yang lain pula.

Lagi gambar boleh lihat di Facebook IKRAM Terengganu

Artikel asal: http://ikramkemaman.wordpress.com/2012/03/17/ikram-kemaman-di-masjid-batu-putih/

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud