Print

Tahniah warga Felda Chalok Barat!

SETIU, 14 Ogos 2014 - Tengahari tadi pada jam 12.00 tengahari, Aqsa Syarif Terengganu memenuhi jemputan dari Felda Chalok Barat untuk perkongsian isu Palestin dan penerimaan sumbangan warga Felda Chalok Barat sempena sambutan hari raya.

Print

Malam penutup Minggu Save Our Gaza

DUNGUN, 27 Feb 2013 - Alhamdulillah AQSA Dungun telah dijemput ke program penutup Minggu Save Our Gaza (SOG), Sekolah Imtiaz Kemaman (sekolah ini ditempatkan sementara di Bandar Muktafi Billah Shah, kawasan jajahan Dungun). Program seminggu itu yang dikendalikan sepenuhnya oleh para pelajar Tingakatan 1-3 melibatkan aktiviti war games, pertandingan poster Palestin, khotibah/ceramah isu Palestin dan pertandingan persembahan.

Print

Surau Darussalam sumbang RM1,6770.00

Dungun, 20 Okt 2012 - Telah berlangsung program perkongsian Ibrah Dari Bumi Gaza oleh peserta misi A2Q8 yang juga Timbalan YDP IKRAM Kemaman, Haji Muzahar Bin Hitam di Surau Darussalam, Paka. Kehadiran juga sangat memberangsangkan di kalangan para pemuda sehingga ke luar ruang solat utama.

Print

Perkongsian A2G8 & 9 di UniSZA Kota, Terengganu

Kuala Terengganu, 9 Sep 2012 - Alhamdulillah, telah selesai satu perkongsian Misi A2G8 & 9 di Gaza, Palestin bersama dengan pelajar-pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kota anjuran AJK Surau Maidam. UniSZA pasti akan terus menerus memacu ke hadapan di antara seluruh universiti di Malaysia dengan anjuran program dan kutipan sumbangan yang tinggi untuk perjuangan membebaskan bumi Al-Quds.

Print

Aqsa Syarif dan IKRAM Kemaman di Masjid Batu Putih


Alhamdulillah pada 16 Mac 2012, seusai solat Maghrib telah berlangsung ceramah Palestin yang disampaikan oleh YDP IKRAM Kemaman, Haji Zameran Jusoh. Program ini dianjurkan oleh jawatankuasa masjid dengan kerjasama Aqsa Syarif dan IKRAM Kemaman.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud