Print

Perkongsian A2G di Masjid Umariah (Lama), Kapar

on .


Pada hari Ahad 24 April selepas solat Maghrib, Ketua Konvoi A2G diberi peluang oleh Allah SWT untuk berkongsi pengalaman mengikuti konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 2010 yang lalu.

Sekitar 120 ahli jamaah majid dan penduduk sekitar hadir. Penceramah menghuraikan beberapa pengalaman penting di antaranya:

Print

Perkongsian A2G di Masjid Darul Iman, Kampung Parit Serong

on .

Alhamdulillah program Perkongsian A2G telah diadakan di Masjid Darul Iman, Kampung Parit Serong, Tanjung Karang pada 24 April 2011 selepas solat Maghrib. Program ini adalah untuk memenuhi jemputan dari AJK Masjid Darul Iman dan dianjurkan bersama dengan Aqsa Syarif Kuala Selangor. Penceramah jemputan ialah Tuan Haji Norazmi Talib.

Print

A2G berkongsi di Karnival Masjid Manjalara, Kepong

on .

Alhamdulillah pada 4 Mac 2011 Ketua Konvoi A2G dapat bersama masyarakat sekitar Manjalara Kepong berkongsi pengalaman konvoi kemanusiaan ke Gaza. Dalam majlis tersebut, di adakan Forum Palestin yang mana ahli panelnya ialah Prof Madya Dr. Mohd Zin Kandar dan Dr. Abdul Malik dari UIA. Modarator forum ialah Ustaz Mahadzir Shaharuddin dari IKIM.fm, manakala pengacara majlisnya ialah Che Amran dari kumpulan Raihan. Karnival turut dimeriahkan dengan pameran.

Print

Gerai Aqsa Syarif di Karnival Masjid Jami' Kajang

on .

Kajang, 25 Mac 2011 - Aqsa Syarif telah membuka gerai jualan dan pameran di perkarangan Masjid Jami' Kajang sempena Karnival Maulidur Rasul yang bermula dari 25 Mac hingga 27 Mac 2011. Gerai Aqsa Syarif dikelola oleh Aqsa Syarif Kajang dan Aqsa Syarif Hulu Langat. Pelbagai barangan dijual di situ antaranya T-Shirt Bebaskan Palestin, sticker Aqsa Syarif dan lain-lain.

Print

Program Bicara Al-Aqsa di Institut Pendidikan Guru - Kampus Pengajian Islam (IPG KPI), Bangi

on .

Bangi, 25 Mac 2011 - Aqsa Syarif telah dijemput untuk memenuhi undangan berceramah sempena malam kemuncak Bicara Al-Aqsa yang dikelola oleh Persatuan Skuad Didik di Institut Pendidikan Guru - Kampus Pendidikan Islam (IPG KPI) . Pihak Skuad Didik telah menjemput Pengerusi Aqsa Syarif, Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus untuk memberikan pengisian berkenaan isu Palestin dan Masjid Al-Aqsa. Tetamu khas (VIP) yang hadir adalah Timbalan Pengarah IPG KPI, Tuan Haji Anwar bin Ahmad.

Print

Perkongsian A2G di Masjid Al-Islah, Kampung Sementa

on .

Alhamdulillah, program Perkongsian A2G seterusnya telah diadakan di Masjid Al-Islah, Kampung Sementa, Klang pada 19 Mac 2011 yang lepas. Ceramah ini adalah anjuran bersama diantara Aqsa Syarif Kuala Selangor dan Masjid Al-Islah. Satu lagi ceramah yang bertenaga dari penceramah jemputan Tuan Haji Niorazmi Talib. Sejumlah RM663.15 telah berjaya dikutip ketika ceramah.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud