Print

Membentuk sukarelawan di kalangan generasi pelapis

on .

Alhamdulillah, program konvoi Aqsa Syarif yang berjalan dengan lancar pada hari Sabtu lalu telah membuka ruang kepada para sukarelawan muda untuk menjalani 'latihan' praktikal di dalam melaksanakan tanggungjawab menyokong perjuangan para pejuang di Palestin. Dengan cara tersendiri, Aqsa Syarif telah membuka peluang kepada para sukarelawan muda di kalangan pelajar-pelajar universiti dan pemuda-pemudi di Malaysia.

Print

Sukarelawan mengedar bahan-bahan kempen

on .

Ketika konvoi berlangsung, pelbagai cara bahan kempen kesedaran Paelstin diedarkan para sukarelawan. Di tengah jalan raya, di hentian KL Sentral, di taman-taman, di hentian R&R, di pusat membeli-belah dan lain-lain.

Ini adalah sebahagian dari aktiviti yang dilaksanakan sejajar dengan matlamat penubuhan Aqsa Syarif yang bertujuan menyebarkan makluamt dan mendidik masyarakat Malaysia tentang isu Palestin dan usaha-usaha pembebasan Al-Aqsa dari cengkaman rejim Israel.

Print

Konvoi memperingati Nakhbah Palestin anjuran Aqsa Syarif

on .

Alhamdulillah, telah berjaya dilangsungkan konvoi di atas yang disertai oleh lebih 500 peserta pelbagai lapisan. Konvoi dipengerusikan oleh Saudara Zun Arif dari Aqsa Syarif Selangor. Disertai oleh Kelab Skuter Malaysia, Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi, para pelajar IPT, remaja-remaja dan tak kurang juga keluarga dari Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Print

Konvoi Pembebasan Palestin warnai ulangtahun Nakbah Palestin ke-63

on .

KUALA LUMPUR – Sempena 63 tahun peristiwa Nakbah Palestin, Aqsa Syarif Berhad dan Viva Palestina Malaysia (VPM) telah menganjurkan Konvoi Pembebasan Palestin 2011 bermula di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta dan berakhir di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS), Shah Alam. Pelepasan konvoi dirasmikan oleh Timbalan Presiden IKRAM, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom, pada pagi Sabtu yang lalu.

Print

Perkongsian A2G di Masjid Ar Rahman, Kampung Bukit Badong

on .


Program Perkongsian A2G telah berjaya dilaksanakan di Masjid Ar Rahman, Kampung Bukit Badong, Bestari Jaya pada 14 Mei 2011 bermula selepas solat Maghrib. Program ini adalah anjuran bersama Aqsa Syarif Kuala Selangor dan Masjid Ar Rahman, Kampung Bukit Badong.

Print

Program Palestin di Masjid Darussalam, Kampung Bukit Kucing

on .

Alhamdulillah sebuah program Palestin telah dilaksanakan di Masjid Darussalam, Kampung Bukit Kucing, Jeram, Kuala Selangor pada hari Jumaat, 6 Mei 2011 yang lepas bermula pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang. Program ini anjuran bersama pihak masjid dengan Aqsa Syarif Kuala Selangor. Program yang diadakan termasuk kutipan sumbangan, jualan, pameran, tayangan video Palestin, kempen tajaan Anak Yatim Palestin (AYP) dan Keluarga Miskin Palestin (KMP). Kutipan berjumlah RM396.45 telah diperolehi dan beberapa borang tajaan AYP dan KMP telah diambil oleh beberapa orang jemaah.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud