Print

Pelancaran SHAQS 2011

on .

Majlis pelancaran Sambutan Hari Al-Quds Sedunia (SHAQS) Peringkat Negeri Selangor telah berjaya dilaksanakan dan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dr. Hafidzi Mohd Noor pada tanggal 31 Julai 2011 (Ahad) yang lalu. Turut bersama-sama pada majlis pelancaran tersebut adalah Akh Zun Arif bersama-sama Dr. Fauziah Mohd Hasan (Ahli Lembaga Pemegang Amanah).

Print

Ceramah Israk Mikraj di Surau Al-Ikhwan

on .

Alhamdulillah telah selesai program ceramah Isra' Mikraj di Surau Al-Ikhwan, Taman Sandaran Permai, Puncak Perdana. Jazakallahu khairan kepada Pengerusi Aqsa Syarif sendiri iaitu Dr. Hafidzi kerana sudi meluangkan masa ke surau ini. Kehadiran sangat menggalakkan daripada penduduk taman persekitaran dengan bilangan sekitar 200 orang.

Print

Ceramah Isra' Mi'raj di Masjid Kampung Sungai Kelambu

on .

Ustaz Hasanuddin telah menyampaikan ceramah Isra' Mi'raj bertajuk Kemenangan di Palestin Semakin Hampir di Masjid Kampung Sungai Kelambu, Banting selepas solat Maghrib hari Jumaat 24 Jun 2011. Ceramah beliau dihadiri oleh lebih 300 hadirin yang terdiri daripada anak kariah dan juga pelajar-pelajar Maahad Ihya Ahmadi, Kampung Sungai Kelambu. Ceramah kali ini berjaya mengumpul derma untuk tabung Palestin sebanyak RM 729.90.

Print

Perkongsian A2G di Masjid Nurul Iman, Ijok

on .

Alhamdulillah program Perkongsian A2G telah diadakan di Masjid Nurul Iman, Batu 8, Ijok, Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 11 Jun 2011 bermula selepas solat Maghrib. Program ini adalah anjuran bersama Aqsa Syarif Kuala Selangor dan Masjid Nurul Iman. Penceramah jemputan Tuan Haji Norazmi Talib. Beliau serta keluarga memandu dari Seremban dan selamat sampai ke lokasi masjid sebelum waktu Maghrib.

Print

Program Palestin di Masjid Ar-Rahmah

on .

Alhamdulillah, program Palestin anjuran bersama Aqsa Syarif Kuala Selangor dan Masjid Ar-Rahmah, Batu 12, Sungai Burong, Tanjung Karang, telah selamat dilaksanakan pada 3 Jun 2011, sebelum dan selepas solat Jumaat.

Program meliputi tazkirah Jumaat, jualan, kutipan sumbangan, pameran dan kempen tajaan Anak Yatim Palestin dan Keluarga Miskin Palestin. Tazkirah Jumaat telah disampaikan oleh Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif Daerah Kuala Selangor iaitu akhi Mazlan Mohdi.

Keseluruhan kutipan Jumaat berjumlah RM 740.00 telah diserahkan kepada Aqsa Syarif sebagai sumbangan masjid untuk Palestin. Semoga Allah menurunkan berkat dan rahmatNya kepada seluruh penduduk kariah Masjid Ar-Rahmah di atas kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan.

Print

Program Aqsa Syarif Berhad (ASB) bersama pelajar wanita institusi perguruan

on .

“Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang beriman” (51:55)

Sabtu, 14 Mei 2011 - Telah berlangsung Program Kesedaran Palestin "Palestin: Sekencang Angin" yang diadakan di Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa, IPBA. Program ini diusahakan oleh Cik Karimmah Wahit yang merupakan salah seorang peserta Training of Palestinian Specialist (TOPS) yang lalu, anjuran Aqsa Syarif Selangor. Program Palestin Sekencang Angin ini telah menyasarkan penyertaan pelajar wanita, dan hasilnya peserta yang hadir mendaftar adalah seramai 58 orang.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud