Print

Perkongsian A2G2 di Surau Mawaddah

on .

Satu perkongsian A2G2 telah diadakan di Surau Mawaddah, Seksyen 7, Shah Alam pada hari Rabu, 14 September lalu. Kehadiran berjumlah kira-kira 70 orang. Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Mohd Tahir Abdul Rahman dengan penuh bersemangat. Kisah-kisah kehebatan semangat rakyat Palestin serta projek Aqsa Syarif di sana menjadi intipati ceramah tersebut.

Print

Tazkirah Ramadhan oleh Dr. Hafidzi di Surau Al-Furqan, Bandar Puncak Alam

on .

Alhamdulillah, pada 27 Ogos selepas solat tarawih, Dr. Hafidzi telah memberi tazkirah Ramadhan di Surau Al-Furqan, Bandar Puncak Alam Fasa 2, Kuala Selangor. Dr. Hafidzi telah dijemput oleh AJK surau untuk memberi tazkirah bertajuk 'Kesucian Al-Aqsa Dan Masa Depan Umat Islam'. Walaupun ramai penduduk kariah telah balik kampung untuk Hari Raya namun kehadiran jemaah masih tidak menghampakan.

Print

Program Palestin di Masjid At-Tohirah, Kampung Bukit Kerayong

on .

Alhamdulillah, program Palestin telah dapat diadakan di Masjid At-Tohirah, Kampung Bukit Kerayong, Jeram, Kuala Selangor pada 19 Ogos yang lepas. Program ini adalah anjuran bersama antara Masjid At-Tohirah dengan Aqsa Syarif Kuala Selangor. Program merangkumi tayangan video Palestin, pameran, kempen-kempen (AYP, KMP, A2G2 dan lain-lain) dan tazkirah Jumaat - Tazkirah Palestin. Tazkirah Jumaat telah disampaikan oleh Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif Daerah Kuala Selangor akhi Mazlan Mohdi. Jumlah kutipan RM 210.30 telah diperolehi.

Print

Remembrance of Al-Quds di UiTM, Kampus Puncak Alam

on .

Alhamdulillah, Aqsa Syarif Kuala Selangor telah dijemput oleh Persatuan Dinamik, Kampus UiTM Puncak Alam untuk menyertai program Remembrance of Al-Quds pada 21 Ogos yang lepas. Mereka juga telah menjemput Ustaz Hassanudin untuk memberi ceramah Palestin terutama mengenai peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa oleh pengganas Yahudi pada 21 Ogos 1969.

Print

Ceramah Dr Hafidzi di Surau Taman Jasmin

on .

Kajang, 6 Ogos 2011 - Aqsa Syarif Berhad telah diberi peluang untuk mengisi slot tazkirah Ramadhan di Surau Taman Jasmin, Kajang, berdekatan dengan ibu pejabat. Tazkirah ini telah disampaikan oleh Profesor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Aqsa Syarif Berhad, selepas solat tarawih dan witir, dengan tajuk: Ramadhan.. Mencari Cinta Al-Aqsa.

Print

Menjana dana untuk Palestin - di mana jua kesempatan

on .

Ahad, 7 Ogos 2011 - Masyarakat harus mudah untuk menyumbang. Mereka mungkin tidak tahu, tidak ada kesempatan, tiada siapa yang memudahkan mereka menghulur sumbangan untuk saudara-saudara mereka di Palestin. Di atas kesedaran itu, jika ada kesempatan di mana jua, di celah-celah kesibukan umat Islam menunaikan tarawikh di masjid. Di celah-celah kesibukan manusia mendapatkan juadah berbuka puasa, skuad Aqsa2Gaza2 harus memanfaatkan masa yang ada. Permudahkan masyarakat untuk menghulurkan sumbangan untuk Palestin. Hubungan dengan internet, SMS, lisan dan sebagainya adalah kesempatan "Memperkasa Ummah - Membebaskan Al-Aqsa".

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud