Print

Perkongsian A2G2 di Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa

on .

Catatan A Khalil Khamis

Jumaat, 21 Oktober 2011 - Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa adalah salah satu sekolah yang menyumbang lebih RM 2,000 dalam misi A2G2. Alhamdulillah pagi tadi buat perkongsian A2G2 bersama 400 murid darjah 6 dengan tajuk, "Aku tetap ke sekolah". Saya mulakan dengan "ice-breaking" dan minta mereka panggil saya "Pak Ngah" dan saya panggil mereka "anak-anak Pak Ngah"....

"OK semua tutup mata dan jawab dengan ikhlas (jangan tipu diri sendiri) dan angkat tangan. Siapa yang bangun dan solat Subuh pagi ni?"

Print

Program Palestin di Masjid Ar-Rahman

on .

Alhamdulillah, pada hari Jumaat, 14 Oktober 2011 dari pukul 12.00 tengahari hingga 2.30 petang telah selamat diadakan program Palestin di Masjid Ar-Rahman, Kampung Raja Musa, Kuala Selangor. Program ni anjuran bersama Aqsa Syarif Kuala Selangor dan Masjid Ar Rahman. Masjid terletak di kawasan pendalaman walaupun berada di laluan utama dari Kuala Selangor ke UNISEL.

Print

Laporan ceramah Palestin & Perkongsian A2G2 di Sekolah Menengah Teknik Kajang

on .

Kajang, 23 September 2011 - Satu sesi ceramah Palestin telah disampaikan oleh Ustaz Noorsyazly Rameli, Penolong Pegawai Perhubungan Awam Aqsa Syarif Berhad di Sekolah Menengah Teknik Kajang. Ceramah yang bermula seawal jam 7.40 pagi itu telah dihadiri lebih 400 orang pelajar dan 40 orang guru. Sesi pagi ini adalah kesinambungan dari sesi pertama yang telah disampaikan pada 12 Ogos 2011, iaitu pada bulan Ramadhan lalu.

Print

Perkongsian A2G2 & Penerangan Situasi Di Somalia di Masjid Al-Mujahideen

on .

Sesi Perkongsian A2G2 & Penerangan Situasi Di Somalia telah diadakan oleh Aqsa Syarif Petaling Jaya di dewan solat Masjid Al-Mujahideen, Damansara Utama pada malam 25 September lalu. Dua ahli panel iaitu En. A. Khalil Khamis, ahli misi A2G2 dan juga Ketua Sekretariat Aqsa Syarif Hulu Selangor dan Ir. Zairul Saifuddin, Country Director, Islamic Relief Malaysia (IRM) telah dijemput untuk menerangkan dan menjawab soalan-soalan berkaitan misi dan isu tersebut.

Print

Program Palestin di Masjid Al-Hidayah

on .

Alhamdulillah, pada hari Jumaat, 16 September diadakan program Palestin anjuran bersama Masjid Al-Hidayah, Kampung Sungai Terap, Tanjung Karang dan Aqsa Syarif Kuala Selangor. Tazkirah Jumaat - Tazkirah Palestin telah disampaikan oleh Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif Kuala Selangor Akhi Mazlan Mohdi. Masjid ini merupakan masjid yang ke-20 yang dilawati oleh Aqsa Syarif Kuala Selangor bagi daerah Kuala Selangor dan sebanyak 30 buah masjid atau lebih banyak lagi akan dilawati.

Print

Perkongsian A2G2 di Masjid Kampung Batu 14

on .

Perkongsian ini juga turut diadakan di Masjid Kampung Batu 14, Rawang pada hari Rabu, 14 September. Puan Noorazian Anidin telah bersama-sama berkongsi pengalaman yang telah beliau perolehi di Gaza dengan 20 orang peserta wanita yang hadir, diketuai oleh ahli Jawatankuasa Kebajikan IKRAM Hulu Selangor, Ustazah Hafizah Daud.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud