Print

Tazkirah dan program Palestin di Masjid Ahmadi, Ujong Permatang

on .

Pada hari Jumaat, 6 Januari 2012 telah dapat diadakan program Palestin di Masjid Ahmadi, Ujong Permatang, Kuala Selangor. Program ini adalah anjuran bersama Aqsa Syarif Kuala Selangor dan Masjid Ahmadi, Ujong Permatang. Program bermula dari pukul 12:00 tengah hari hingga 2:30 petang.

Print

Laporan Paintball Piala Izzudin Al-Qassam 2011

on .

Gombak, 24 Disember 2011 – Sempena memperingati serangan kejam rejim Zionis Israel pada 27 Disember 2008, Aqsa Syarif Negeri Selangor dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Negeri Selangor telah menganjurkan Pertandingan Paintball Piala Pusingan Izzudin Al-Qassam bertempat di Rimba Harmonis Paintball, Gombak. Nama Piala Izzudin Al-Qassam pula telah diambil untuk memperingati seorang ulama’ Palestin, Sheikh Izzudin Al-Qassam yang telah syahid mepertahankan bumi Palestin pada tahun 1935.

Print

Perkongsian Misi A2G2 di Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA), Dengkil, Selangor

on .

Tarikh: 14 Disember 2011
Masa : 11:00 - 11:30 pagi
Pameran dan jualan: 9:00 - 12:00 tengahari
Penyampai:

1. Dr. Ar-Baiyah, pakar kanak-kanak dari Hospital An Nur Bangi
2. Hajah Noorazian Anidin dari Aqsa Syarif Ampang Jaya dan Peserta Misi A2G2

Sekretariat Rose2Rose Aqsa Syarif telah melaksanakan satu perkongsian A2G2 bersama kumpulan PUSPANITA cawangan MOSTI anjuran Biro Kesihatan. Taklimat kesihatan yang diisi dengan ceramah kesihatan bertajuk "Pendedahan Mengenai Penyakit Di Kalangan Kanak-Kanak" itu telah disampaikan oleh Dr. Ar-Baiyah iaitu pakar kanak-kanak dari Hospital An Nur Bangi, dan disusuli dengan Slot Penerangan Palestin yang disampaikan oleh Hajah Noorazian Anidin dari Aqsa Syarif Berhad.

Print

TOPS-1: Bentuk pasukan mantap peringkat daerah di Selangor

on .

Shah Alam – Pada hari Sabtu, 10 Disember 2011 yang lalu bertempat di Dewan Exco Kerajaan Negeri Selangor Seksyen 7, Aqsa Syarif Selangor dengan kerjasama IKRAM Selangor telah menganjurkan Training of Palestine Specialist Part-1 (TOPS-1). Seramai 141 orang peserta telah menyertai latihan ini dengan jayanya. Sekretariat Aqsa Syarif Subang Jaya sekali lagi telah diberi amanah untuk mengendalikan TOPS-1 pada kali ini.

Print

Program Palestin diteruskan di Masjid Jamiul Muhamadiyyah

on .

Alhamdulillah, pada hari Jumaat, 9 Disember 2011 telah dapat diadakan program Palestin di Masjid Jamiul Muhamadiyyah, Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Program adalah anjuran bersama Aqsa Syarif Kuala Selangor dan Masjid Jamiul Muhamadiyyah, Kampung Kuantan. Program bermula pada pukul 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang. Tazkirah Jumaat telah disampaikan oleh Pengerusi Aqsa Syarif Daerah Kuala Selangor, Akhi Mazlan Mohdi. Jemaah ketika solat Jumaat berjumlah lebih kurang 400 orang. Sejumlah RM 163.50 telah dapat dikutip ketika program.

Print

Lawatan wakil Palestin ke SRI Al-Amin Bangi

on .

Bangi, 10 Nov 2011 - Aqsa Syarif Berhad telah membawa dua wakil dari Palestin iaitu Mr Ahmed Abu Ayesh An-Najjar, wakil Kementerian Pelajaran Palestin di Gaza dan Mr Anwar Abu Mousa, Pengurus Emaar Association, Khan Younis, Gaza melawat Sekolah SRI Al-Amin Bangi, Sungai Tangkas. Para tetamu telah disambut mesra oleh Tuan Haji Muhamad Ridzuan, Pengerusi Lembaga Pengelola sekolah tersebut seterusnya membawa mereka ke dewan persembahan.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud