Print

Sesi perkongsian di surau KWSP Jalan Gasing, PJ

on .

“Rakyat di Palestin berjiwa besar, bukannya umat yang meminta-minta,” itulah antara peringatan Pengerusi Aqsa Syarif kepada para jemaah yang mengikuti ceramah Palestin di Surau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya. Sesi perkongsian pengalaman lawatan ke Gaza ini telah diadakan pada hari Rabu, 29 Februari 2012 pada slot kuliah Zohor. Kira-kira 150 orang anggota KWSP telah mengikuti ceramah ini dengan tekun sehingga selesai. Rata-rata mereka mengatakan bahawa masa 1 jam yang diperuntukkan adalah terlalu singkat untuk Dr Hafidzi mengupas isu-isu di Palestin.

Print

Pameran dan jualan di Surau Al-Ikhwan

on .


Pada hari Sabtu, 25 Februari yang lalu, Aqsa Syarif Hulu Langat telah membuka gerai pameran dan jualan di Surau Al-Ikhwan, Desa Pinggiran Putra sempena sambutan Maulidur Rasul. Alhamdulillah, gerai Aqsa Syarif telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengunjung program.

Print

Ceramah Palestin di SM Sains Banting

on .


Aqsa Syarif Kuala Langat telah membawa Pengerusi Aqsa Syarif Berhad, Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor untuk berkongsi pengalaman di Gaza bersama-sama lebih 500 pelajar dan guru Sekolah Menengah Sains Banting pada hari Khamis, 9 Februari 2012 yang lalu. Ceramah telah diadakan di dewan besar sekolah tersebut mulai jam 8:00 malam. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh pengetua sekolah berkenaan, Tuan Haji Mohamad Kamaludin bin Taib.

Print

Ceramah MP Palestin di Masjid Haji Mat Saman, Kajang

on .

Kajang, 12 Februari 2012 - Pada Ahad lalu, Pengurus Besar Aqsa Syarif, En. Muhamad Munawer Ismail telah menyampaikan perkongsian Aqsa To Gaza 2 (A2G2) di Masjid Haji Mat Saman, Sungai Ramal Luar, Kajang selepas solat Maghrib. Ceramah yang didahului dengan pengenalan mengenai Aqsa Syarif itu disusuli dengan ceramah berkenaan perjuangan Palestin oleh tetamu Aqsa Syarif, Dr. Muhammad Shehab yang merupakan pengasas Islamic Society of Jabalia (ISJ) dan Ahli Parlimen (MP) Palestin. Mengiringi beliau ialah Prof Madya Dr. Mohd Zin Kandar, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif.

Print

Program Palestin di Masjid Jamek An-Nuriah

on .

Alhamdulillah, pada hari Jumaat, 10 Februari 2012 telah dapat dilaksanakan program Palestin di Masjid Jamek An-Nuriah, Pekan Bukit Rotan, Kuala Selangor. Program ini anjuran bersama Aqsa Syarif Kuala Selangor dan Masjid Jamek An-Nuriah.

Print

Kayuhan Amal Palestin Trans 1 Malaysia UTM dilepaskan di UKM oleh Ahli Parlimen Palestin

on .


Rabu, 8 Februari 2012 -
Kayuhan Amal Palestin anjuran Kolej Perdana UTM Skudai telah memasuki hari ke-4 di mana para peserta anak-anak muda yang sejumlah 100 orang telah meneruskan perjalanan pagi ini dari kampus UKM Bangi.

Semalam mereka berlepas dari Melaka dan mengikut laporan akhbar Utusan Malaysia, TNC Hal Ehwal Pelajar UTM telah mengumumkan bahawa kutipan untuk Palestin yang menggunakan tabung-tabung Aqsa Syarif sehingga kelmarin berjumlah RM 5,000.00.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud