Print

Pertandingan Golf Amal Palestin 2012

on .


Sabtu, 21 April 2012 -
Alhamdulillah, Aqsa Syarif Daerah Hulu Selangor telah menganjurkan Pertandingan Golf Amal Palestin (PGAP 2012) di Perangsang Templer Golf Club, Rawang. Seramai 60 orang pemain golf (15 flight) terlibat bagi menjayakan program amal ini. Pertandingan ini turut mendapat sokongan daripada peserta dari berbilang kaum.

Print

Program sukarelawan Aqsa Syarif Subang Jaya

on .

Sabtu, 14 April 2012 - Aqsa Syarif sebagai badan sukarela yang memperjuangkan isu Palestin memerlukan ramai sukarelawan bagi merancakkan lagi aktiviti-aktiviti dan program yang telah dirancang. Menyedari kepentingan ini, Aqsa Syarif Subang Jaya (ASSJ) telah mengambil inisiatif untuk membentuk pasukan sukarelawan yg mantap. Bertempat di Sekolah Rendah Integrasi, Masjid Darul Ehsan, satu program ringkas telah berjaya diadakan dan dihadiri seramai lebih kurang 23 orang peserta.

Print

Malam Keamanan Palestin di Universiti Malaya

on .

Jumaat, 23 Mac 2012 - Persatuan Bahasa Arab Universiti Malaya telah mengadakan majlis Malam Keamanan Palestin di Dewan Angsana, Fakulti Bahasa & Linguistik. Alhamdulillah, dengan kerjasama dari Aqsa Syarif Berhad, majlis ini dapat dijalankan dengan baik.

Majlis yang berlangsung dari jam 8:30 malam sehingga 11:30 malam itu dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad, Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor. Sejurus selepas selesainya ucapan oleh Dr. Hafidzi, demo tabung Aqsa Syarif dilancarkan pada malam itu.

Print

CUCMS anjur program The Crisis in Palestine... Get the Facts!

on .


Cyberjaya, 27 Mac 2012 -
Pengerusi Aqsa Syarif, Dr. Hafidzi Mohd Noor telah dijemput memberikan perkongsian isu Palestin di Auditorium Kampus Utama Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) pada Selasa, 27 Mac yang lalu. Program bermula pada jam 8.30 malam dengan bacaan al-Quran oleh salah seorang pelajar CUCMS.

Print

Perkongsian Palestin di SMI Hira'

on .


Sedikit laporan perkongsian ''Palestin: Tanggungjawab Siapa?'' di Sekolah Menengah Islam Hira', Jeram, Kuala Selangor pada 24 Mac, bermula jam 8:30 malam sehingga 9:30 malam bersama hampir 400 pelajar lelaki dan perempuan.

Print

Kelab Rakan Dinamik UiTM berjaya bawa kesedaran Palestin

on .


Jumaat, 9 Mac 2012 -
Kelab Rakan Dinamik UiTM Shah Alam telah berjaya menganjurkan program kesedaran Palestin dengan cemerlang dengan kehadiran lebih 3,000 mahasiawa dan mahasiswi UiTM.

Majlis dimulai dengan beberapa ucapan dan tayangan filem Palestin. kemudian diikuti dengan tayangan video projak-projek bantuan kemanusiaan Aqsa Syarif di Gaza hasil dari sumbangan rakyat Malaysia dengan ulasan selari oleh Prof Madya Dr. Mohd Zin Kandar, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif. Seterusnya ceramah yang disampaikan oleh tetamu undangan Ir. Abdul Rahim Shehab, Presiden Islamic Society of Jabalia, Gaza.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud