Print

Sesi penerangan Aqsa Syarif di JAIS Kuala Selangor

on .


Alhamdulillah, pagi Jumaat, 11 Mei 2012 telah selamat diadakan majlis penerangan mengenai Aqsa Syarif di Pejabat JAIS Kuala Selangor. Program bermula pukul 8:00 pagi hingga 10:30 pagi dan bertempat di Pejabat Agama Daerah Kuala Selangor. Aqsa Syarif diwakili oleh saya  sendiri dan GM, Akhi Munawer sementara JAIS diwakili oleh Ketua Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Selangor, Tuan Haji Nasrul Hadi bin Rohani serta kakitangan-kakitangan JAIS seramai 30-40 orang.

Print

Ceramah Palestin untuk pelajar tingkatan 4 & 5 SMI Al-Amin, Bangi

on .

Bangi, 25 April 2012 – Satu sesi ceramah telah diadakan di Musolla SMI Al-Amin Bangi pada jam 8:00 pagi, khusus untuk para pelajar tingkat 4 dan 5. Ceramah yang bertajuk ‘Isu Palestin Isu Aqidah’ telah disampaikan oleh Ustaz Kamaruzzaman Abdul Rahim, Pegawai Perhubungan Aqsa Syarif dan dihadiri oleh 200 orang pelajar. Edaran info Palestin/Aqsa Syarif dan kutipan sumbangan Palestin turut dijalankan.

Print

Ceramah Palestin untuk pelajar tingkatan 1 & 2 SMI Al-Amin, Bangi

on .


Bangi, 26 April 2012 –
Ahli misi Aqsa To Gaza 2 (A2G2) Ramadhan lalu, Cik Noorhasyimah Ismail telah menyampaikan ceramah kepada 200 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 di SMI Al-Amin, Bangi yang bertemakan ‘Isu Al-Quds, Isu Aqidah’. Ceramah yang berlangsung antara jam 8:00 hingga 9:15 pagi itu berjalan secara interaktif, iaitu interaksi secara aktif antara penceramah dengan pendengar melalui soalan kuiz, soal-jawab selain perkongsian secara amali yang dapat memupuk kefahaman yang lebih mendalam tentang isi penerangan yang disampaikan.

Print

Program Palestin di Masjid Nurul Hasanah, Kampung Bukit Belimbing

on .


Kuala Selangor, 27 April 2012 -
Alhamdulillah, semasa pagi/petang Jumaat tadi telah diadakan Program Palestin anjuran bersama Masjid Nurul Hasanah, Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor dan Aqsa Syarif Kuala Selangor. Masjid Nurul Hasanah ini berada di kawasan kampung di tengah-tengah daerah Kuala Selangor. Ini adalah penerusan usaha Aqsa Syarif Kuala Selangor untuk memperkenalkan Aqsa Syarif serta memberi penerangan mengenai Palestin secara dekat dan memberi peluang kepada penduduk-penduduk pinggiran bersama-sama menyertai jihad pembebasan Palestin ini.

Print

Taklimat ringkas Palestin di IMU

on .


Sabtu, 21 April 2012 -
Bertempat di Lecture Theatre 2, International Medical University (IMU), Bukit Jalil dari jam 8:30 pagi sehingga 1:00 tengahari, satu sesi taklimat yang disampaikan oleh Akhi Hanizam, pameran dan kutipan tabung Palestin telah diadakan bersempena dengan program bersama Ustazah Fatimah Syarha anjuran Muslim Society. Program fund raising ini adalah antara aktiviti Aqsa Syarif Subang Jaya dengan kerjasama sukarelawan dari HELP College.

Print

Jualan amal untuk Palestin di Perodua, Rawang

on .


Ahad, 22 April 2012 -
Bersempena Program Mahligai Kasih anjuran Badan Agama Islam Perodua (BAIP) dan IKRAM Hulu Selangor, Aqsa Syarif Hulu Selangor telah mengadakan Pameran Palestin dan 'Jualan Amal untuk Palestin'. Barangan terpakai seperti baby stroller, dvd player dan koleksi pinggan mangkuk disumbangkan oleh orang ramai untuk dijual.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud