Print

Perkongsian isu Palestin di Kolej Komuniti Hulu Langat

on .

KAJANG, 5 Dis 2012 - Aqsa Syarif Hulu Langat telah dijemput untuk membuat perkongsian isu Palestin di Kolej Komuniti Hulu Langat. Jemputan tersebut adalah sempena kempen isu Palestin yang dianjurkan oleh pelajar dan kakitangan kolej tersebut. Tema kempen " WE UNITE FOR GAZA". Majlis bermula dari jam 9:00 sehingga 1:00 tengahari.

Print

Kempen Selamatkan Kanak-Kanak Gaza di Surau At-Taqwa

on .

SHAH ALAM, 18 Nov 2012 - Alhamdulillah telah diadakan kick-off kempen Selamatkan Kanak-Kanak Gaza bertempat di Surau At-Taqwa, Seksyen 7, Shah Alam. Kuliah telah disampaikan oleh Pengerusi Aqsa Syarif, Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Nor.

Print

Slot Wanita & Palestin sempena program Penghayatan Ramadan Wanita Masjid Ar-Raudhah, Kampung Sungai Kelambu

on .

Banting, 4 Ogos 2012 - Alhamdulillah telah berlangsung program berkenaan yang merupakan anjuran bersama JKK Kampung Sungai Kelambu dan Biro Wanita Masjid Ar-Raudah, Kampung Sungai Kelambu serta IKRAM dan Aqsa Syarif Kuala Langat. Program yang dihadiri lebih 70 orang ini dimulakan dengan Solat Dhuha dan Hajat, kemudian peserta dibahagikan kepada kumpulan tadarus dan majlis khatam al-Quran.

Print

Gaza Walk di Bazar Ramadhan Puncak Alam

on .

Apa yang perlu ialah kehendak dan komitmen bahawa perjuangan Palestin tidak boleh dibiarkan bersendirian. Kita perlu segera membantu dengan apa jua upaya dan kesempatan. Usaha yang kelihatan kecil sebenarnya besar ertinya untuk diri, keluarga malah penduduk di Palestin.

Print

Penganjuran Kejohanan Badminton Amal Palestin 2012 berjaya

on .


Sabtu, 17 Jun 2012 -
Alhamdulillah. Dengan izin Allah SWT, Aqsa Syarif dan Belia IKRAM Daerah Hulu Selangor julung kalinya telah berjaya menganjurkan Kejohanan Badminton Amal Palestin 2012 (KBAP'12). Majlis dirasmikan oleh Dr. Tahir Abdul Rahman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad. Dr. Tahir telah memberikan pengisian ringkas mengenai perjuangan memperjuangkan Palestin  sebelum kejohanan bermula.

Print

Cakna Palestin: 'Palestine is Calling You'

on .

Sabtu, 26 Mei 2012 - Alhamdulillah. Rentetan daripada program flash mob MYGMJ di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM dan di Stadium Melawati bulan Mac yang lepas, Briged AQSA UiTM terpanggil untuk mengadakan program cakna Palestin, Palestine is Calling You!

Antara objektif program ini ialah menyuntik kesedaran dan melahirkan mahasiswa yang berani To Speak and Care for Palestine.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud