Print

Aqsa Syarif di SMK Tengku Idris Shah

on .

Alhamdulillah, Aqsa Syarif Kuala Selangor telah mendapat jemputan untuk menyertai Karnival Rapat Bestari dan Makan Malam Amal 2010, di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah, Kapar yang diadakan pada 10 Julai 2010 bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Karnival ini dianjurkan oleh PIBG dan AJK Surau SMK Tengku Idris Shah.

Print

Karnival Amal Masjid Cahaya Iman Bandar Country Home

on .


BANDAR COUNTRY HOME, RAWANG 3 - 4 JULAI - Jawatankuasa Pelaksana Karnival Amal Masjid Cahaya Iman Bandar Country Homes Rawang telah memberikan kepercayaan penuh kepada Aqsa Syarif Hulu Selangor & JIM Hulu Selangor untuk bersama-sama menjayakan karnival ini. Dengan kesempatan yang diberi, Alhamduillah Aqsa Syarif Hulu Selangor telah mengatur beberapa program untuk menyampaikan mesej Perjuangan Membebaskan Palestin kepada pengunjung.

Print

Ceramah di Kampung Melayu, Subang

on .

Satu ceramah telah diadakan pada tarikh 2 Julai 2010 di Kampung Melayu, Subang. Bertempat di rumah salah seorang penduduk Kampung Melayu iaitu ustaz Roslan, ianya telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Program Pengajian Bulanan Jalan Tembusu kampung tersebut dan ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Hasanuddin.

Print

Aktiviti-aktiviti Aqsa Syarif Kuala Selangor

on .

Alhamdulillah Aqsa Syarif Kuala Selangor telah menyertai program Karnival Sempena 25 Tahun Hira', di Sekolah Menengah Islam Hira', Jeram, Kuala Selangor, pada 26 Jun 2010 dari pukul 8 pagi sehingga 6 petang. Di sini kami telah di beri peluang untuk memperkenalkan Aqsa Syarif kepada pelajar-pelajar serta ibu bapa yang hadir pada Karnival tersebut.

Dan pada keesokan hari, Ahad, 27 Jun 2010, Aqsa Syarif Kuala Selangor telah menjayakan  program “Palestin - Kami Bersama Mu” anjuran JKKK Kampung Sungai Sembilang dan AJK Masjid An Naim, Jeram, Kuala Selangor dari pukul 11 pagi sehingga 11 malam.

Print

Ceramah Kesedaran Gaza di Masjid Al-Husna, Puchong

on .

Alhamdulillah, satu ceramah untuk memupuk kesedaran mengenai Gaza telah diadakan di Masjid Al-Husna, Puchong pada hari Selasa, 29 Jun 2010 oleh Aqsa Syarif Subang Jaya.

Program kali ini menampilkan Ustaz Hasanuddin dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Aqsa Syarif, Dr. Tengku. Sebanyak RM 6,600 telah berjaya dikumpul, di samping beberapa orang individu telah menyatakan hasrat untuk menaja keluarga miskin dan anak-anak yatim Palestin.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud