Print

Program Ramadhan di Palestin - Anjuran Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM dan Aqsa Syarif PJ

on .

Program di atas telah diadakan pada 19 Ogos 2010 di Akademi Pengajian Islam UM, anjuran Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam dan Aqsa Syarif PJ. Sambutan program amat menggalakkan sebagaimana yang dapat dilihat dalam gambar-gambar yang dikongsikan. Program yang diisi dengan ceramah isu Palestin terkini turut menampilkan Muadz dan Hafiedz (percussion - yang amat mengasyikkan). Muadz membawa 2 buah nasyid.

Print

Aqsa Syarif Kuala Selangor di Karnival Mesra Rakyat DUN Jeram

on .

Aqsa Syarif Kuala Selangor telah menyertai Karnival Mesra Rakyat di Zon 1 DUN Jeram di perkarangan Dewan Orang Ramai, Jeram pada 7 dan 8 Ogos lalu. Zon 1 merangkumi 6 buah kampung iaitu Kampung Sungai Buloh, Kampung Jeram, Kampung Sungai Sembilang, Kampung Tambak Jawa, Kampung Simpang Tiga dan Kampung Bukit Kerayong. Peluang ini telah digunakan sebaik-baiknya untuk memperkenalkan IKRAM dan Aqsa Syarif melalui DJ yang bertugas dan menerusi flier yang diedarkan.

Print

Gerai Aqsa Syarif di Karnival Jom Dakwah

on .

Satu karnival yang bernama Jom Dakwah telah diadakan di Felda Sungai Tengi pada 31 Julai dan 1 Ogos lalu. Aqsa Syarif telah diberi kesempatan untuk membuka gerai di karnival tersebut dan alhamdulillah, ianya mendapat sambutan daripada penduduk sekitar.

Print

Gerai Aqsa Syarif di All Care, Bangi

on .

Gambar-gambar gerai jualan Aqsa Syarif di farmasi All Care, Bangi pada pagi Ahad, 25 Julai 2010. Gerai pada hari itu adalah di bawah kelolaan Puan Faridah, pemilik farmasi berkenaan. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Print

Aqsa Syarif Kuala Selangor di Karnival Mesra Rakyat, Bandar Puncak Alam

on .

Alhamdulillah, Aqsa Syarif Kuala Selangor telah menyertai Karnival Mesra Rakyat Bandar Puncak Alam pada 17-18 Julai, 2010. Karnival ini telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jeram serta AJK masjid dan surau berdekatan. AJK penganjur telah memberi laluan kepada Aqsa Syarif Kuala Selangor untuk menayangkan video 'Tragedi Mavi Marmara' pada malam 17 Julai.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud