Print

Program 120 minit untuk Palestin

on .

Assamualaikum,

Syukur ke hadirat Allah SWT pada 14 Mac 2011 dari jam 8:00 - 11:30 malam telah berlangsung program 120 minit untuk Palestin. Program ini adalah anjuran Aqsa Syarif Daerah Hulu Langat dgn kerjasama Mahasiswa IKRAM UKM dan Kelab Jabatan Dakwah dan Kepimpinan (JAKMA), FPI, UKM.

Penaung kepada program ini adalah Prof Madya Dr Amir Hussin Mohd Noor, Timbalan Dekan HEP Fakulti Pengajian Islam. Jazzakallahu khairan atas kehadiran beliau merasmikan dan memberi kata-kata aluan dan ucapan suntikan semangat kepada mahasiswa yang hadir untuk memperjuangankan isu Palestin. Beliau juga memaklumkan bahawa JAKMA adalah kelab mahasiswa yang dinobatkan sebagai persatuan pelajar paling aktif di UKM untuk tiga tahun berturut-turut. Syabas diucapkan kepada JAKMA serta inisiatif menjalin kerjasama dengan Aqsa Syarif dan Mahasiswa IKRAM UKM bagi mengenengahkan isu yang amat penting ini bagi umat Islam.

Print

Perkongsian A2G di Surau Al-Furqan

on .

Program Perkongsian AQSA2GAZA telah dapat dilaksanakan di Surau Al-Furqan, Bandar Puncak Alam Fasa 2 pada 5 Mac 2011 yang lepas. Program ini adalah anjuran bersama antara Aqsa Syarif Kuala Selangor dan Surau Al-Furqan, Bandar Puncak Alam Fasa 2. Penceramah jemputan ialah Tuan Haji Norazmi Talib. Ceramah yang amat bertenaga, terutama apabila perjuangan Palestin dikaitkan dengan peristiwa kebangkitan rakyat di Mesir, Tunisia dan negara-negara lain.

Print

Perkongsian A2G di UNISEL

on .

Alhamdulillah Aqsa Syarif Kuala Selangor telah berangkat ke Kampus UNISEL pada 26 Februari 2011 yang lepas untuk memenuhi jemputan daripada UNISEL untuk memeriahkan Karnival Kokurikulum yang diadakan disana. UNISEL adalah merupakan Universiti yang pertama Aqsa Syarif Kuala Selangor terokai dan ia terletak di kawasan paling utara di sebelah timur daerah Kuala Selangor.

Print

Ustaz Hasanuddin di Surau Soadatus Salam

on .

Alhamdulillah, Aqsa Syarif Hulu Selangor telah selesai mengadakan sesi penerangan Palestin dan perkongsian Mavi Marmara yang disampaikan dengan cukup menarik oleh Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus di Surau Soadatus Salam di Taman Desa Bukit Bujang, Kuala Kubu Baru, Selangor pada hari Sabtu, 12 Februari 2011.

Penyampaian yang diselangi dengan video presentation dan juga "pop quiz" berjaya menarik perhatian para hadirin yang berjumlah lebih kurang 130 orang.

Print

AQSA2Gaza di Kolej Matrikulasi Selangor pada 10 Februari 2011

on .

AQSA2Gaza di Kolej Matrikulasi Selangor telah dihadiri oleh lebih 1,300 orang yang terdiri dari pelajar dan pensyarah kolej berkenaan. Ceramah yang penuh bersemangat dan bertenaga oleh Ust Hasanudin selama hampir 2 jam begitu menarik minat hadirin mengikutinya. Malah para pelajar termasuk yang bukan beragama Islam berlumba-lumba menjawab soalan kuiz spontan yang diberikan.

Selepas selesai ceramah, hadirin dihiburkan pula dengan bacaan sajak dan nasyid bertemakan kemanusiaan yang disampaikan sendiri oleh pelajar (yang menurut Pengarah Hal Ehwal pelajar, inilah kali pertama pelajar membuat persembahan nasyid dalam mana-mana majlis di kolej ini).

Print

Ceramah Palestin di Surau An-Nur Seri Cempaka

on .

Ceramah penerangan "Palestin - Kezaliman Yang Berterusan" oleh Dr. Hafidzi Mohd Noor telah berlangsung dengan baik di Surau An Nur Seri Cempaka, Bukit Sentosa pada 30 Januari 2011 dengan kehadiran seramai lebih kurang 60 orang.

Majlis dimulakan dengan tayangan video (Sajak Al-Quds - 7 minit) yang memaparkan kesengsaraan rakyat Palestin walaupun dikerumuni oleh 600 juta jiwa Muslim di sekitarnya (Liga Arab).

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud