Print

Program Palestin di Masjid Jamek, Sungai Buloh

on .

Alhamdulillah, pada 11/6/10 (Jumaat lepas) Aqsa Syarif Kuala Selangor dengan kerjasama Masjid Jamek, Pekan Sungai Buloh, Jeram, Kuala Selangor telah mengadakan sebuah program Palestin. Seperti biasa program merangkumi pameran, jualan, kutipan sumbangan, tayangan video (sebelum solat jumaat), pendaftaran sukarelawan dan khutbah Jumaat bertajuk "Bebaskan  Al-Aqsa".

Alhamdulillah nazir masjid telah mengambil initiatif sepenuhnya untuk mendapatkan teks khutbah berkenaan dan khatib telah memperingatkan jamaah tentang keistimewaan Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa, kekejaman Zionis Israel dan seterus menyeru umat Islam untuk bangkit serta berjihad membebaskan Baitulmaqdis dan Al-Aqsa.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud