Print

Pameran Di Desa Putra

on .

Assalamualaikum,

Pada 18 April yang lepas telah berlangsung pameran Aqsa Syarif sempena Bulan Pengimarahan Masjid Negeri Selangor di Masjid Desa Putra. Aktivis-aktivis Aqsa Syarif yang terdiri dari pelajar-pelajar UNITEN telah turun padang menjayakan pameran Aqsa Syarif untuk manfaat penduduk setempat.

Di antara aktiviti yang dijalankan ialah pameran, aktiviti mewarna, menonton vcd Palestin, meluahkan hasrat hati terhadap perjuangan Palestin pada nota-nota 'post-it', penerangan rengkas, jualan produk aqsa syarif dan PACE, serta pendaftaran sukarelawan.

Beberapa orang pengunjung telah menyatakan hasrat untuk bersama Aqsa Syarif dan telah mendaftarkan diri. Mereka juga berhasrat untuk menjalankan aktiviti serupa di tempat kerja, sekolah dan kawasan perumahan masing-masing.

Syukur alhamdulillah, semuga segala usaha yang dicurahkan oleh pemuda-pemuda Aqsa Syarif akan mendapat keberkatan dan pahala yang besar dari Allah SWT.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud