Print

PSIS bantu pecah kepungan ke atas 2 juta penduduk Gaza

on .

SABAK BERNAM, 21 Jan 2017 - Seramai 2000 orang pelajar dan pensyarah Politeknik Sultan Idris Shah telah hadir bersama dalam perkongsian daripada Dr. Fauziah, ahli misi Women's Boat to Gaza.

"Mengapa hanya wanita yang dipilih dalam WBG ini?" Soal moderator. Dr. Fauziah menegaskan semenjak 2007, dunia telah menghantar banyak misi untuk menghentikan kepungan Israel ke atas Gaza, tetapi disekat oleh Israel. Misi ini mencuba suatu kelainan. Misi ini juga menunjukkan sokongan dan solidariti buat wanita Palestin, yang kebanyakannya kehilangan ayah dan suami kerana dibunuh atau ditangkap tentera Israel tanpa sebarang penghakiman.

Pengarah PSIS, Pn Norehan Md Shariff menyerahkan cek RM4,000 hasil kutipan warga PSIS, sebagai bantuan perubatan untuk rakyat Gaza yang masih terpenjara di tanah air mereka sendiri.

Ingin bersama kami membantu rakyat Palestin di Gaza? Salurkan bantuan anda ke projek #GiveHope di http://bit.ly/ProjekGiveHope. Projek ini menyasarkan bantuan kaki dan tangan palsu untuk kanak-kanak yang memerlukan dan bantuan perubatan untuk keluarga miskin di Gaza.

Ketahui kisah selanjutnya tentang misi Women's Boat to Gaza melalui buku 35 Batu Nautika. Dapatkannya di kedai MPH berhampiran.

Terima kasih warga PSIS!

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud