Print

Jelajah MyINTIFADA hari kedua

on .

SHAH ALAM, 22 Mei 2016 - Jelajah MyINTIFADA masuk hari kedua. Setelah pelancaran album MyINTIFADA semalam, pada hari ini kita menyaksikan Pelancaran TABUNG MyINTIFADA. Tabung ini akan digerakkan bagi mengumpulkan dana bagi membantu saudara mara dan sahabat kita dari segi:

1. Penajaan halaqah di sekitar Masjidil Aqsa
2. Projek Mikrokredit
3. Pek makanan keluarga miskin
4. Bantuan makanan guru-guru
5. Penghasilan dokumentasi laporan dari dalam Masjidil Aqsa.

 

ShouHar menyampaikan dua buah lagu utama iaitu, Palestinaku dan Bingkai Kehidupan. Di majlis yang sama, Encik Miftah mewakili pihak Ariha Trading and Distribution telah menyampaikan royalti cek berjumlah RM31,000 kepada Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor selaku Pengerusi MyCARE, sambil diperhatikan oleh CEO MyCARE, Tuan Hj. Kamarul Zaman Shaharul Anwar. Royalti tersebut adalah hasil daripada penjualan Kurma Medjoul Ariha.

Terima kasih kepada warga Shah Alam yang memberikan sokongan berterusan terhadap pelbagai jenis usaha untuk membebaskan Palestin!

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud