Print

Sesi ramah mesra Kolej Komuniti Hulu Langat & Aqsa Syarif

on .

HULU LANGAT, 18 Jun 2014 - Aqsa Syarif telah dijemput untuk menghadiri sesi ramah mesra bersama warga Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) diketuai oleh Pengarah KKHL iaitu Puan Ho Siew Lan, para pensyarah dan tetamu undangan iaitu Datin Rodziah dan Prof. Safiah.

Kolej Komuniti Hulu Langat merupakan perintis dan penggerak kepada Kempen Untukmu Gaza pada tahun lalu yang telah berjaya mengumpul sebanyak RM 74,400.00.

Perbincangan lebih tertumpu kepada perkongsian idea dan pengalaman dalam memperkasa isu kemanusiaan kepada warga kolej. Keputusan pertemuan adalah pihak kolej akan menganjurkan kempen kutipan dana untuk Projek Ramadhan Palestin dan ceramah kesedaran Palestin pada bulan Ramadhan ini bersama Imam Muda dari Gaza.


Kami dari pihak Aqsa Syarif mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang sangat hebat terutama dari pengarah iaitu Puan. Ho dan Ustazah Azizah atas kerjasama selama ini.

Semoga isu kemanusiaan terus diperjuangkan oleh warga komuniti!

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud