Print

Boycott, Divestment & Sanction (BDS): An Explanation

on .


BERANANG
, 23 Apr 2014 - Satu program bertajuk ‘Boycott, Divestment & Sanction (BDS): An Explanation’ telah diadakan di University of Notthingham Kampus Malaysia pada malam semalam. Program yang dianjurkan oleh Islamic Society ini telah diisi oleh Encik Khalid Jimat, Pegawai Penyelidik Aqsa Syarif.

Dalam penyampaian hampir 2 jam tersebut, para hadirin telah didedahkan dengan latar belakang kempen global BDS yang semakin hangat diperkatakan. Kempen BDS yang memasuki tahun ke sepuluhnya tahun ini kini menjadi satu lagi ‘front’ yang efektif dalam usaha memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang jenayah kemanusiaan Israel ke atas rakyat Palestin.

Para hadirin juga telah didedahkan dengan konflik Palestin sekitar isu penjajahan, kolonialisasi dan regim apartheid Israel.

Syabas diucapkan kepada Islamic Society di University of Nottingham Kampus Malaysia atas kejayaan menganjurkan program bertema global seperti ini. Diharapkan kampus-kampus lain di Malaysia akan turut sama menyahut seruan kempen BDS ini.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud