Print

Istiqamah pertahan bumi Aqsa

on .

SUBANG, 14 Jul 2013 - Ahli qariah di sekitar Masjid Al-Mukminun amat gembira dengan kunjungan Imam Muda Gaza - Imam Raid Khalid Abdullah Abu Makhdah, untuk mengimamkan solat fardhu dan solat terawih di masjid ini. Dilaporkan lebih 500 orang ahli qariah yang hadir untuk solat berjemaah bersama-sama Imam Raid kelmarin.

Imam Raid sempat berbuka puasa bersama-sama ahli qariah sebelum memberi tazkirah ringkas selepas solat Maghrib. Antara isi penting tazkirah yang disampaikan ialah kepentingan menggunakan peluang berada di bulan Ramadhan kali ini untuk memperkukuhkan ketaqwaan kita.

Imam Raid juga sempat berkongsi beberapa cerita istimewa bukti pertolongan Allah yang mereka sendiri tidak jangka. Antaranya, sewaktu ketiadaan minyak petrol, mereka telah menggunakan minyak masak sebagai ganti minyak petrol untuk menggerakkan kenderaan mereka.

Mereka juga berazam untuk terus istiqamah mempertahankan bumi Aqsa daripada penjajahan Zionis walaupun sedar dengan pelbagai kekurangan yang mereka hadapi. Beliau juga mendoakan agar bumi Aqsa akan bebas dan kita dapat solat di Masjid Al-Aqsa tanpa sebarang ancaman dari tentera Israel suatu hari nanti Insya`Allah.

Imam Raid akan berada di sekitar kawasan Subang, Puchong dan Shah Alam sepanjang Ramadhan kali ini. Anda boleh melihat jadual Imam Raid dan Imam-Imam Muda Gaza yang lain di laman Facebook ‘Imam Gaza Aqsa Syarif 2013’.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud